Wednesday, April 17, 2013

Work life

Kerja memang memenatkan. Apa yg aku sedar apabila dah start kerja ni tanggungjawab bertambah,kos sara hidup pon bertambah dan kemahuan juga bertambah. Tapi apa satu yg aku sedar, betul rupanya org kata kalo dah kerja mesti rasa nak blaja balik. Not that aku ni type yg suka belajar cuma Zaman itu best sbb ko tak perlu serabut nak pk macam2.


One more thing dilema yang aku rasa dialami oleh graduan2 bila dah start keje adalah, "betulkah ini minat aku?". No wonder ramai je org yang kerja dlm bidang yg sungguh berbeza dari kos apa yg dorang amik kt uni dulu. Segalanya mungkin.
In fact diri sendiri pon masih tertanya2 inikah yang aku mahu dalam work life aku?

Dalam tv korg akan ligat bertapa bergayanya seorang engineer itu, seorang doktor itu, seorang pelajar master, seorang arkitek dan mungkin seorang usahawan. Tapi hakikatnya ia bukanlah secantik yg dilihat.

Persoalannya sekarang, beranikah kita menghadapi perkara2 "tak cantik" itu? Tepuk dada tanya minat

Sunday, May 6, 2012

My new..

My new lover and of course my new 'tanggungan'..huhuhuh

Monday, February 13, 2012

Batu Hampar and Gunung Jerai

Salam readers!!!
Pada 11/2/2012 Areda dan kawan2 MedTech telah pergi memanjakan diri dengan main2 air. Kami pergi ke air terjun Batu Hampar. Kalau korang pernah dengar tempat ni terletak dekat dengan Titi Hayun. Kalau direction tu Areda memang fail la nak bagitau secara detail yang Areda pasti korang exit je Gurun then dah dekat tu nak pergi Batu Hampar and Gunung Jerai.


Terasa seperti jungle tracking pon ada...letih jugak nak sampai tempat yang maksudkan. Dalam 10 minit berjalan/ mendaki sampai la kat tempat nak mandi manda. Tempat ni cantik tapi banyak gila sampah sarap bekas yang pengunjung lain tinggalkan. Sedikit kecewa disitu. Tapi yang bestnya tempat ni tak ramai orang datang. So main la sepuas hati anda.
 Tarraaaa....setelah siap dibersih...jadi lain kali kalau pergi picnic ingat yer kawan2 bersihkan sampah sarap yang kita buat tuh...jangan nak jadikan diri anda sampah masyarakat plak...
(iklan kebersihan)

 See...i told you...seronok tuh mandi...heheheh

 Nash dan kawan Gapi beliau (sorry aku tak ingat nama kau) sedang membersihkan tempat ni..

 Ayam BBQ yang diperap oleh Nash and Arip dalam proses pembakaran...

 The ladies....
 Proses untuk menarik Fatin turun ke dalam air sepenuhnya...haha..

Tower yang berjaya dibuat setelah beberapa kali cubaan gagal...syabas anda semua...
Pemandangan dari puncak gunung jerai...sangat cantik bunga2 dan anda ble feeling ala2 oversea gitu,...hehehe

Harussss ada gambar ini...bukti Areda dah sampai Gunung Jerai

Kalau tak nampak bendera bleh kata ada kat kedutaan mana2 x??? (nak jugak obersea punya feeling)

Group picture yang entah kali ke berapa...

againnnn

Lompatan kanak2 girang perasan forever 21...padahal 24 sudah...opss....

Kesimpulan dari jalan2 kali ni memang best. Bukan sebab tempat yang kita pergi tapi bersama siapa kita pergi. Kenangan harus dicipta selagi kita ada kuasa...wahhh tiba2 keluar ayat falsafah docter chentaaa plak...
So, apalagi..kalau ada masa terluang ajaklah rakan2 terchenta or family jalan yer...

Thursday, February 2, 2012

Bowling at Sunway Penang

Setelah duit elaun masuk baru ada semangat nak mengahbiskan duit tu kan??hehe...Areda memulakan aktiviti menghabiskan duit dengan bowling. Bukan pandai main pun, sekadar beriadah suka2 bersama kawan2.
So layan the pics sajalah ok ?? Tapi gambar guna hp cikai aku ni je..so kualiti memang kureng sket la..

Para atlet sedang menumpukan penuh kosentrasi dengan trademark "Boleh bah kalau kau" (baca dalam dialek sabah)

Para penonton yang tidak jemu2 memberi sokongan / kutukan...ehhehe

"Bila turn aku nih??"- Mek Som

Cik Nina yang awal2 buat ayat selebriti "Aku tak reti main ni, jangan gelak tau"..alih2 dia antara yang markah paling tinggi...adeh..

Friday, January 27, 2012

Ais Kacang 36 bungkus

Salam guys!!! Lama sungguh rasanya tidak menulis dengan aktif di blog ini. Hari2 bukak tapi idea memang takde. So, kali ni merajinkan diri menaip yer..bukan senang nak dapat kekuatan ni. hehehe....
Kali ni Areda nak cerita kisah zaman duduk asrama. Masa tu Areda baru tingkatan 2 or 3..tak ingat sangat. Diingatkan entry ni agak panjang. Sila rajinkan membaca..heheh

Pada suatu hari ada la 2 orang dalam geng aku ni nak pergi hospital sebab sakit. Tapi aku tak ingat sakit ape dorang tu....maaflah memori berkarat dah sejak2 masuk umur 24 tahun nih..hheheheh. Dan nak dijadikan cerita geng cik Areda ade 5 orang semua and lagi 3 orang ni haruslah nak ikot jugak pergi hospital. konon2 sebagai peneman. Sebab boleh keluar dari kawasan sekolah la maknanya kan. Kalau korang pernah dok asrama mungkin korang akan paham betapa perasaan dapat ikot orang keluar asalkan keluar dari kawasan asrama sekejap..hehehe

Jadi kalau nak pergi mendapatkan rawatan ni kena la bagitau sorang pak cik sorang ni aku bagi nama Pak Cop (bukan nama sebenar). So korang bayangkan lah dengan 5 orang sekali pakcik tu 6 orang sumbat dalam kereta padahal yang sakit 2 orang je. 
Contoh ais kacang from pak cik Google

Masa nak keluar ni dah jadi satu tabiat budak2 asrama ni amik pesan kalau ade sape2 nak beli pape. Makanya dekat hospital tu ade kedai makan yg ada jual ais kacang. Kami semua 5 orang pakat amik order sorang sikit maka semua sekali 36 bungkus. Bayangkan macamana makcik kedai tu nak siapkan order kami tu. Kawan kitorang yang sakit pon dah siap amik ubat tapi ais kacang tak siap2 lagi. Pak Cop pon apalagi kena tunggu kami la sampai semua ais kacang tu siap. Lama la jugak.

Then balik asrama and bagi semua pesanan kawan2...petang tu warden panggil roll call. Tak sangka kitorang rupa2nya Pak Cop telah merepot kepada warden pasal ais kacang kami tu. adoiiii....padahal dia pon minum air kot masa tunggu kami. Bukan dia tunggu kat kereta sorang2...huh!
Hasilnya kami berlima dipanggil kehadapan perhimpunan (nasib perhimpunan aspuri je..kalo ada aspura sekali jatuh saham Areda...hehehe).

Maka akibat kejadian tersebut kami berlima dipisahkan ke tingkat asrama yang berbeza. Sebab sebelum ni kami semua duduk satu aras yang sama. Rasanya warden nak mengurangkan aktiviti2 nakal kami kot..hahahah. Siap kena lelong2 ala2 cerita P Ramlee 3 abdul tu tau (ok itu hiperbola)..Tapi memang kena lelong :

Contoh >>>sila baca dalam dialek kedah ok
Warden : Sapa nak Adawiah???(opss,...zaman sekolah kawan2 i panggil nama penuh ok..hehehe)
Ketua dorm 1 :  Tak mau la kami...
Ketua dorm : Ok kami la amik dia..(padahal dalam hati..buat susah aku je nanti dak ni)

Sejak hari tu kalau terserempak dengan warden yang pisahkan kami tu kami akan buat2 rapat2...letak tangan atas bahu masing2 konon2 maknanya, walaupon anda memisahkan kami, kami tetap rapat. (OK sangat tidak matang masa tu)
Esoknya lepas perhimpunan kami kena panggil masuk bilik PK HEM (Penolong kanan hal ehwal pelajar). Garang ooo cikgu ni...Kapten kot...dengar bunyi enjin motor Jaguh dia pon kami semua dah kecut perut. 
Areda dah la masa kat sekolah dulu dikira budak pandai la jugak...hehehe...baik plak tu..tapi boleh kena panggil masuk bilik PK HEM. Legendary!!!! 

Apalagi kena isi borang salah laku...yang tak boleh belah...PK HEM tu boleh pulak tepi tu dia suruh tulis dalam kurungan berapa bungkus ais kacang kami beli....hahahhaa.....

CONTOH:
Nama : Nor Adawiah Binti Mat Nador 
Kesalahan : Keluar tanpa kebenaran membeli ais kacang ( 36 bungkus)
...............

Rasanya lepas keluar dari bilik tu dak lelaki tertanya2 la apa la kesalahan kami ni kan...bukan nak sorok kami dengan bangga cerita lagi ada la...hehehe...Hasilnya sampai hari ni aku masih ingat lagi 36 bungkus tuh...

Fuuhh....penat taip kisah zaman sekolah ni...itulah antara kisah yang Areda tak bleh nak lupa zaman duduk asrama dulu. Nasib la geng2 cik Areda semua berjaya sekarang ni ...kalau kena sumpahan Pak Cop tu memang entah kemana kami sekarang kan...heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails