Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, January 27, 2012

Ais Kacang 36 bungkus

Salam guys!!! Lama sungguh rasanya tidak menulis dengan aktif di blog ini. Hari2 bukak tapi idea memang takde. So, kali ni merajinkan diri menaip yer..bukan senang nak dapat kekuatan ni. hehehe....
Kali ni Areda nak cerita kisah zaman duduk asrama. Masa tu Areda baru tingkatan 2 or 3..tak ingat sangat. Diingatkan entry ni agak panjang. Sila rajinkan membaca..heheh

Pada suatu hari ada la 2 orang dalam geng aku ni nak pergi hospital sebab sakit. Tapi aku tak ingat sakit ape dorang tu....maaflah memori berkarat dah sejak2 masuk umur 24 tahun nih..hheheheh. Dan nak dijadikan cerita geng cik Areda ade 5 orang semua and lagi 3 orang ni haruslah nak ikot jugak pergi hospital. konon2 sebagai peneman. Sebab boleh keluar dari kawasan sekolah la maknanya kan. Kalau korang pernah dok asrama mungkin korang akan paham betapa perasaan dapat ikot orang keluar asalkan keluar dari kawasan asrama sekejap..hehehe

Jadi kalau nak pergi mendapatkan rawatan ni kena la bagitau sorang pak cik sorang ni aku bagi nama Pak Cop (bukan nama sebenar). So korang bayangkan lah dengan 5 orang sekali pakcik tu 6 orang sumbat dalam kereta padahal yang sakit 2 orang je. 
Contoh ais kacang from pak cik Google

Masa nak keluar ni dah jadi satu tabiat budak2 asrama ni amik pesan kalau ade sape2 nak beli pape. Makanya dekat hospital tu ade kedai makan yg ada jual ais kacang. Kami semua 5 orang pakat amik order sorang sikit maka semua sekali 36 bungkus. Bayangkan macamana makcik kedai tu nak siapkan order kami tu. Kawan kitorang yang sakit pon dah siap amik ubat tapi ais kacang tak siap2 lagi. Pak Cop pon apalagi kena tunggu kami la sampai semua ais kacang tu siap. Lama la jugak.

Then balik asrama and bagi semua pesanan kawan2...petang tu warden panggil roll call. Tak sangka kitorang rupa2nya Pak Cop telah merepot kepada warden pasal ais kacang kami tu. adoiiii....padahal dia pon minum air kot masa tunggu kami. Bukan dia tunggu kat kereta sorang2...huh!
Hasilnya kami berlima dipanggil kehadapan perhimpunan (nasib perhimpunan aspuri je..kalo ada aspura sekali jatuh saham Areda...hehehe).

Maka akibat kejadian tersebut kami berlima dipisahkan ke tingkat asrama yang berbeza. Sebab sebelum ni kami semua duduk satu aras yang sama. Rasanya warden nak mengurangkan aktiviti2 nakal kami kot..hahahah. Siap kena lelong2 ala2 cerita P Ramlee 3 abdul tu tau (ok itu hiperbola)..Tapi memang kena lelong :

Contoh >>>sila baca dalam dialek kedah ok
Warden : Sapa nak Adawiah???(opss,...zaman sekolah kawan2 i panggil nama penuh ok..hehehe)
Ketua dorm 1 :  Tak mau la kami...
Ketua dorm : Ok kami la amik dia..(padahal dalam hati..buat susah aku je nanti dak ni)

Sejak hari tu kalau terserempak dengan warden yang pisahkan kami tu kami akan buat2 rapat2...letak tangan atas bahu masing2 konon2 maknanya, walaupon anda memisahkan kami, kami tetap rapat. (OK sangat tidak matang masa tu)
Esoknya lepas perhimpunan kami kena panggil masuk bilik PK HEM (Penolong kanan hal ehwal pelajar). Garang ooo cikgu ni...Kapten kot...dengar bunyi enjin motor Jaguh dia pon kami semua dah kecut perut. 
Areda dah la masa kat sekolah dulu dikira budak pandai la jugak...hehehe...baik plak tu..tapi boleh kena panggil masuk bilik PK HEM. Legendary!!!! 

Apalagi kena isi borang salah laku...yang tak boleh belah...PK HEM tu boleh pulak tepi tu dia suruh tulis dalam kurungan berapa bungkus ais kacang kami beli....hahahhaa.....

CONTOH:
Nama : Nor Adawiah Binti Mat Nador 
Kesalahan : Keluar tanpa kebenaran membeli ais kacang ( 36 bungkus)
...............

Rasanya lepas keluar dari bilik tu dak lelaki tertanya2 la apa la kesalahan kami ni kan...bukan nak sorok kami dengan bangga cerita lagi ada la...hehehe...Hasilnya sampai hari ni aku masih ingat lagi 36 bungkus tuh...

Fuuhh....penat taip kisah zaman sekolah ni...itulah antara kisah yang Areda tak bleh nak lupa zaman duduk asrama dulu. Nasib la geng2 cik Areda semua berjaya sekarang ni ...kalau kena sumpahan Pak Cop tu memang entah kemana kami sekarang kan...heheheh

2 comments:

sHy said...

hahahaha..lawak2..
pergh statement tu paling merbahaya..
budak pandai kena panggil..legendary...
pandainya cik areda..hehehe

AreDa said...

kisah ni turun temurun...memang legendary..haha
cik areda kira pandai la jugak kat sekolah dulu..masuk UM je bengap semacam...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails