Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ~reSePi~. Show all posts
Showing posts with label ~reSePi~. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Puding Karamel

Salam readers...terlalu lama rasanya Areda tak menulis kat blog ni. Agaknya ada orang nak baca lagi ke blog nih??hehehe...nway untuk pengetahuan semua Areda sekarang baru tamat pengajian kat UM..so tunggu grad bulan 6/10 nanti..lambat lagi kan??
So sekarang ni dalam proses apply2 kerja...harap2 ada la yang sangkut kan...Makin risau tak dapat apa2 panggilan lagi ni sementara kawan2 ramai jugak yang dah start kerja..maybe bukan rezeki Areda lagi kan..
Tapi jangan ingat aku takde keje kat rumah yer...Sangat busy juga kerana menolong mama menjadi baby sitter si Aiman yang makin pandai cakap..gerammmm....ehhehe

So, petang2 selalu try resepi simple saje suka suki..kali ni Puding Karamel yawww....ini second time buat...

Gambar kalau boleh nak buat macam photographer professional la konon..hehehe
Okay kali ni Areda rajin menaip so nak bagi resepi la,

Bahan-bahan::
Karamel
1 cawan gula
1 cawan air (kalau nak tambah sikit lagi pon boleh air nih)

Bahan A (puding)
1 tin susu cair
5 biji telur
1 s/k esen vanilla
3 sudu gula

Cara-cara::
1. Goreng 1 cawan gula sehingga keperangan...gula akan mula menjadi sedikit berketul dan mencair ...kemudian masukkan air...aku guna air panas,,,berhati2 sikit sebab masa masukkan air nih gula akan meletup2 sket..hehehe. Ketepikan seketika.

2. Blender semua bahan A. 

3. Masukkan karamel (air gula perang tadi) ke dalam loyang. Kemudian masukkan bahan A yang di blend tadi. 

4. Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 45 minit.Untuk pastikan puding dah masa ke belum korang boleh la guna pisau cucuk, kalau takde yang melekat kat pisau tuh dah masak la maknanya tuh.

5. Bila dah masak tunggu sejuk then telangkop kan atas talam or pinggan yang besar. pastu boleh la makan...kalau nak sejuk letak dalam peti ais yer..ikut selera masing2.


Tuesday, December 21, 2010

Hoho..holiday

Walaupon cuti...ingat Areda tak buat ape2???haaa......
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


Berdasarkan carian namanya puding triffle..hehehe..boleh la kot...ade rupa la jugak sikit2...hehehe

Tuesday, September 7, 2010

TAT NENAS dan seangkatan dengannya

Salam readers. Seperti biasa, hari ni Areda nak update pasal kuih raya!! Hari ni aku sempat menyiapkan 3 jenis makanan. Pertama , kuih tat nenas, kedua puding caramel dan kek buah. Tapi ditekankan disini hanya 2 jenis pertama aje akan dipublish picturenya kerana yang ketiga tak sempat snap picture (padahal kek tak jadi, kek aku tenggelam!!ptot tukar nama kek buah-buahan karam). Baiklah, dipersembahkan kuih raya untuk hari ini,

TAT NENAS!!

Step pertama

Mama aku cakap tepung gandum yang kita guna tu haruslah di gorengkan dulu. Supaya kuih kita sedap n kalo kita angkat masa kuih tu tak berapa masak pon, kita punya tepung dah masak. Lagi satu tepung tu akan jadi lagi ringan dan senang untuk diadun.

Sambil mama menguli tepung, adik aku telah membulat-bulatkan jem nenas seperti ini. Nanti senang juz masukkan terus ke dalam tepung dan bentukkan aje.
Adunan pada peringkat awal. 
Untuk menguningkan tepung anda..hehe...baru la nama tat nenas kan..kuning2 gitu...
Kuning telur digunakan untuk sapuan atas kuih. Selepas kacau2 kuning telur tu, korang boleh la letakkan pewarna apa2 yang korang berkenan untuk sapu di atas tat nenas. Kami guna pewarna merah (actly, guna rose sirap..alaaa yang kita guna untuk buat air sirap tu..paham?)

Haa...ini adalah adunan yang telah dimasukkan jem nenas di dalam nya. Eh...bukan lah ktorang nak bakar macam ini aje. Adunan sebiji2 tuh jangan buat besar2 sangat tau. Nanti akan banyak tepung dan jem tak terasa pulak bila tetamu korang makan.Selepas itu...

Tadaaa!!!! bentukkan sedikit panjang dan buat la duri2 tuh...Korang mesti tak pernah tengok tat nenas macam ni kan? tak pernah kan?kan?kan?...Aku tau, korang mesti nak tau macam mana nak buat duri2 landak tu kan??kan?kan?? 
Okey..macam ni...

 Dengan menggunakan kuasa bulan.....ehh takk2....dengan menggunakan gunting kecik yang muncungnya tajam yer...korang gunting la macam gambar di atas. Dinasihatkan, orang yang penuh kesenian saje buat part ni yer...aku kurang berseni. Ni mama aku yang buatkan,..aku tolong bakar jer...ehhehe

Haa...ni tat nenas yang telah di sapu kuning telur (berwarna merah) di atasnya dan yang telah pon dibakar. Satu lagi nasihat, kalau nak sapu kuning telur tu, guna jer berus water colour yang korang guna masa pelajaran seni dulu.ehhee...(aku beli berus baru okey..hehe). Sapu dengan penuh keseniang jugak yer, sebab nanti patah pulak duri2 cinta tuh...hehe....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PUDING CARAMEL

Untuk resepi ini saya masih tidak expert..sebab ni adalah percubaan pertama kali...next trial boleh improve lagi.
Berikut merupakan campuran 7 biji telur + satu tin susu cair + 2 titik essen vanilla. Semua bahan ni di blend sekali. Blend sampai ade buih2 atas campuran tu.

Kemudian, amik belanga dan masukkan 1 cawan gula. Goreng sehingga gula mula mencair, kemudian masukkan secawan air.Masak sehingga kekuning-kuningan.

Kemudian, masukkan air gula yang dimasak dalam belanga tadi ke dalam loyang. Then, baru masukkan bahan2 yang telah anda blender tadi. Tak perlu kacau. Tapi, kalau kita biarkan adunan dalam blender lama2, mendakan akan terbentuk (macam kimia la plak). So before korang nak masukkan dalam loyang tu kacau siap2 dalam blender ataupon blend je skali lagi sekejap.


Ini adalah puding yang telah siap di kukus. Kukus selama 15 minit pada api sederhana. Kemudian, 15 minit lagi, pada api perlahan. Pastu amik pisau cucuk pada puding, kalau tak melekat pada pisau tuh, maka sudah masak la puding anda.
Ohh...aku rasa ni kurang menjadi sikit la, sebab kurang air gulanya dan kurang perang warna air gula tersebut.
Maybe air kurang dan gula tidak betol2 hangus masa aku masukkan air.
Ops,...credit to Ummi kerana telah menulis resepi tersebut dalam buku saya catatan assignment saya. Selepas ni aku tukar buku tersebut jadi buku resepi.hehehe....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEK BUAH
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

TEETttttttttttttttttttttttttttttt.....sorry, kek yang kurang menyerlah ini tak sempat nak snap picture and malas nak snap pic sebab rupanya sungguh tidak memberangsangkan....


(p/s:: nak rasa?? silalah datang beraya rumah saya yer...ehhe)

Monday, September 6, 2010

Kuih Mazola

Salam readers. Kuih raya untuk hari ni yang telah berjaya disiapkan oleh aku dan adikku dan mama...ehehhe..
KUIH MAZOLA
haaa...penah dengar tak? kalau kat kampung dulu2 selalu je pergi beli kat kedai. sebiji 20sen rasanya...ke seposen?? tak ingat daa....tapi kali ni mari kita berjimat dengan membuatnya sendiri
adunan yang telah siap (actly mama aku yang buat ni..aku tolong uli bulat2 kan aje,..hehe)


kelihatan pelbagai pekakas di situ yer..
tadaaa!!! kuih mazola yang telah siap di bakar...
ohh..tidak lupa juga pada kuih mazola yang retak menanti belah ketika dialihkan dari tudung periuk ke dulang..hehehe (means kuih yang pecah2 n tak jadi la..)

and macam biasa...sila rujuk kepada pak cik google untuk resepi...saya seperti biasa..malas nak menaip resepi tersebut (padahal tak tau)...ehhe

Sunday, September 5, 2010

Conrflake Madu

Salam readers. Kali ni nak update sikit pasal kuih raya pertama untuk tahun ni yang Areda buat tadi. Simple jer..

resepi korang google sendiri la kat tenet,.,,ahaha,,,malas nak tulis satu2...senang jer nak wat nye...

p/s:: raya ni jemput datang rumah yer,...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails