Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ~exuberant~. Show all posts
Showing posts with label ~exuberant~. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Bola Sepak itu bulat

Semalam pasti ramai yang menonton perlawanan kumpulan A sukan sea Malaysia vs Indonesia. Semua sedia maklum yang negara kita menang 1 - 0. Tapi jangan nak excited sangat ada lagi beberapa perlawanan sebelum dapat ke final. Baru boleh ke semi final dan nanti akan menentang Myanmar. Harap2 pasukan negara kita akan berjaya. 

Bukan nak jadi pengulas sukan di sini, tapi sekadar ingin mengulas beberapa perkara yang Areda rasa tak elok untuk dijadikan ikutan. Contohnya kalau ada yang perasan semasa permulaan perlawanan setiap negara akan menyanyikan lagu negara sendiri. Agak keterlaluan bagi aku apabila penyokong mereka seperti sengaja membuat bising sehingga lagu Negaraku punya muzik tidak kedengaran. Aku rasa tabiat dan mentaliti seperti ini harus di kikis. Apa perasaan mereka jika kita juga memperlekehkan lagu negara mereka?? 
Rakyat Malaysia pon ada yang tak hormat lagu sendiri..kalau bukan kita siapa lagi??

Mentality setiap masyarakat aku kira penyebab tindakan tidak bermoral ini terhasil. Bukan mahu mengatakan masyarakat mereka begitu, ada juga masyarakat kita yang tidak menghormati lagu negeri orang lain di Malaysia ini kan?? Adakah sifat dengki yang membuatkan kita jadi masyarakat yang tidak menghormati orang lain? Kemajuan negara tidak seharusnya menjadikan tahap pemikiran rakyatnya makin cetek.

Satu lagi Areda kurang berkenan apabila seorang penjaring Malaysia itu menjaringkan gol then korang akan dapat lihat status2 di facebook/twitter seperti :
" Coach dia orang negeri _______ sebab tu depa menang"
ataupon 
"Dia tu orang negeri aku tuh, sebab tu terror.."..
Saya orang Kedah tapi itu tidak membezakan saya dengan rakyat Malaysia yang lain. Kita tetap satu pasukan.

Hanya aku yang menyampah atau korang jugak rasa begitu? Bukan apa, lambat laun orang akan tau jugak penjaring tu orang mana. Dah namanya pasukan Malaysia tak perlu la nak bezakan lagi mengikut negeri2. Orang macam ni membuatkan orang Malaysia rakyat negeri lain rasa pasukan Malaysia tuh bukan dorang punya. Padahal ada IC kerakyatan Malaysia jugak..

Lainlah kalau Piala Malaysia.. Memang dibezakan mengikut negeri kan...

Lagi satu budaya nak mendemonstrasi ni. Pada pendapat aku budaya ini dah mula nak menular dalam masyarakat kita. Tak kira masa bantahan apa2 atau lepas perlawanan bola sepak. Siap pemain kena naik Baracuda la nak balik hotel...hehe....
Baracuda camni ke pemain Malaysia kena naik?? Kalau dorang datang sini balik hotel ada ke kena balik hotel naik cenggini??

Dah menang kalah adat permainan kalau kau bergadoh bertumbuk kat luar stadium pon apa kau dapat??Keputusan tu di tukar??rematch?? tak kan...So, tolong jangan nak buat perkara yang kau tau kau sendiri dapat sakit. Ada tenaga lebih sila guna untuk tujuan berfaedah sikit. Ada duit lebih sila derma kat anak yatim tak perlu guna duit tuh nak pergi beli mercun atau laser nak kacau perlawanan. Tektik murakan itu semua.

exuberantTalk:: Kemajuan negara tidak seharusnya menjadikan mentaliti rakyatnya kurang maju!

Wednesday, November 16, 2011

Gaji Pertama

Gaji pertama ni memang paling dinantikan. Tambah untuk orang yang baru kerja macam aku nih kan. Mula la nak bajet2 gaji tu nak buat apa, nak bagi siapa, nak bayar apa..Aiisshh...pening jugak tuh sebab gaji tak seberapa. Tapi bersyukur itu mesti.
Apa yang korang list kan dulu ?? Aku pernah dengar orang cakap, gaji kita mula2 dapat tu kena tolak dulu duit untuk parents. PENTING tu!! kau dah belajar tingi2 lepastu nak bagi mak ayah berkira kan..memang durhaka tuh...heheheh

Bukanlah benyak pon yang mereka perlukan tapi ingatan itu penting dan berharga. Jangan terlalu pikir sangat kalau bagi nanti aku takde duit untuk shopping la..oh noo...jangan kita amalkan tu yer. Semoga duit yang kita dapat tu lebih berkat. Kalau kedekut sangat nanti tak pasal2 kena spend duit tu untuk kereta kau yang tiba2 rosak. Lagi mahal ...haaa kan dah cakap!!
Kalaulah duit aku sebanyak ini...(pics from Google)

Soal kedua, SIMPANAN!!..ohh ini memang perlu juga masuk dalam list. How much you want to save in your saving account?? Kalau boleh kena consistent la menyimpan. Baru boleh bayar downpayment kereta nanti .ehhehe..Simpanan penting untuk masa susah, masa depan contohnya kau nak kawen nanti kan..Walaupon kita ni perempuan duit simpanan tu mesti ada. Aku selalu dengar girl yang nak kawen ni terpaksa cut budget itu ini sebab duit hantaran tak cukup. Bukan maksud di sini nak naikkan hantaran sebab kita kena paham lelaki pon susah payah jugak nak simpan duit mereka. Mesti kita kena tolong jugak sedikit sebanyak. Kalau duit takde??? Pakai baju kawen kain guni??hehehehe....(cohtoh jer..). Cohtoh lain simpan duit untuk pergi haji. Jangan ingat nak kawen aje...

Akhir kata, marilah kita sama2 menabung dan berjimat. Walaupon gaji pertama dah habis, cuba apply kat gaji next month okey...hehehe



exuberantTalk:: biar miskin harta jangan miskin budi pekerti

Monday, October 24, 2011

Marah itu Mudah, Sabar itu Indah

Salam readers, tajuk je macam tak menahan kan??hehe....
Actually just nak share pendapat tentang apa yang aku nampak sekarang ni. Selalu baca majalah wanita and a blogs i can see a few women yang menjadi sangat tabah dan kuat dalam hidup mereka. Mereka mengalami beberapa peristiwa yang sangat sedih bagi seorang wanita tetapi akhirnya sekarang mereka menjadi wanita yang sangat bahagia. 

Contohnya ada yang bercerai, pada mulanya pasti wanita mana sekalipun akan sedih dan rasa down yang teramat sangat. Tetapi, kebanyakan daripada mereka ini, apabila mereka telah dapat semangat balik, mereka akan menjadi seorang yang sangat berjaya. Ada yang telah mempunya perniagaan sendiri, ada yang rezeki makin bertambah dan ada yang bertemu pasangan yang lebih baik.

Pada pendapat aku, ini semua bergantung kepada bagaimana kita melihat sesuatu masalah itu. Pada masa masalah melanda memang akan rasa sangat tertekan dan tak dapat nak pikir positive langsung. Tapi apabila sudah sedar, kita akan usaha fikir hikmah disebalik semua yang berlaku. 
Sesudah kesusahan itu pasti didatangkan kebahagiaan dan kemudahan bagi orang yang bersabar.

pic from cik google

Sabar adalah keyword kat sini. Memang sukar nak cakap pada diri "Sabar Areda, sabar...ada hikmahnya ni" tambah-tambah kalau kau dah tension before tuh...eheheh....tapi kalau selalu berlatih dan berdoa InsyaAllah kita akan dapat menjadi seorang yang penyabar dan melihat masalah sebagai peluang untuk memperbaiki diri.


Satu lagi, pada pendapat aku jugak, kita kena banyak bergaul dengan orang yang sabar dan bermotivasi tinggi supaya kita juga akan seperti mereka. Walaupun pada mulanya kita akan takut orang anggap kita ni poyo, jangan layan sangat sebab itu hanya akan melemahkan diri kita. Perubahan tak datang dengan mudah, kalau hanya berharap tanpa usaha memang takkan berubah kan??


exuberantTalk :: berazam untuk tulis entry yang bermanfaat pada semua..hehehe


Friday, August 19, 2011

bULAN pUASA....

Salam semua...
Bulan puasa kali nih adalah first time Areda puasa sebulan penuh di rumah...before ni dari sekolah lagi puasa asyik kat hostel jer...masuk U pulak puasa kat kolej banyak...hehehe

Apabila duduk rumah ni Areda kena la menolong membuat kuih raya dan juada berbuka puasa. Siapa kata duduk rumah tak busy??letih tau..macam2 kerja nak buat...ade je keje...xde nyer duduk saje okey...

CERITA PERTAMA ialah berbuka puasa bersama rakan2...actually berjalan2 nak pergi carik kerja...then sambil2 tuh plan bukak puasa dengan kawan2 matrikulasi dulu...ramai yang dah kerja..aku jer belom..hehehe
Kami bukak puasa kat Hammer Bay , dekat2 Queensbay tuh...dekat roundabout tuh...heheheh...kalau korang tak jumpa, korang tanya jer orang..senang!!
Rakan-rakan yang menjayakan majlis..heheh

Ikan siakap 3 rasa..terbaik!! Sampai ada orang berebut la...hehe

Udang celup tepung...kami order sotong jugak..tapi x dapat la..ramai gila orang bukak puasa kat situ...

Tomyam pon best!!

Kailan ikan masin...



CERITA KEDUA pulak pasal kuih2 raya yang Areda sempat buat setakat nih...layan picture aje la ek??heheh
Biskut oat

coffee cookies


biskut nestum

Cornflakes cookies
Dan pembantu saya ialah beliau .....

Orang pakai apron dia pon nak pakai jugakkk.....hehehe
Oklah setakat ni ajer entry kali ni...kalau sesape nak resepi PM me okey...hehehe....

Monday, January 3, 2011

Azam tahun baru 2011 Areda


1.Berjimat cermat (tapi yang ni awal2 tahun lagi dah banyak keluar weii...)

2. Nak beli purse baru..kalau boleh nak beli yang berkualiti sikit dariu sebelum ni. Before ni ceq pakai hat beli kat pasar malam jer...ehhehe (so kena simpan duit jugak)

3. Nak grad dengan cemerlang...

4. Dapat kerja yang baik dan sesuai dgn jiwa

5. Kalau boleh nak ada perancangan perniagaan yang kukuh dan ade passion nak buat. Nak jual ape itu yang kita tak tau lagi. Tapi kan...dalam dok berangan2 Areda ingat nak bukak Kedai Kek and Roti...hehe...pastu kan..buat ala2 cafe tempat orang boleh lepak2 sambil minum dan menikmati kek and roti di kedai ku...wahhh....Pastu boleh wat ala2 boutique kan...fesyen muslimah gitu...(best betol berangan..hope boleh jadi kenyataan)

6. Nak jadi muslimah yang lebih baik (sepatutnya ini no 1 yer Areda)

7. Lebih rajin update blog dengan meletakkan lebih banyak informasi berguna kepada all my readers...

8. Lebih menghargai orang disekeliling dan harap diri juga dihargai.,..

9. Rehat kejap dari Dr Love???,...heheheh....bukan tak nak bercakap pasal ni langsung , sebab sekali sekala perlu jugak kan di kala diri mengong2...tapi kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi itu yg penting.

10. nak kawen!! hahahaha (gilo awal sangat ni...xde la...nak pergi kenduri kawen sebenarnya..ahhaha)

Saturday, October 23, 2010

Tak de kijo




(p/s:: edit guna picnik.com jer...layan hobi lama balik...sejak akhir2 ni tak sempat pon nk buat ni sume...busy sungguh...hehe)

Wednesday, September 22, 2010

Monday, June 28, 2010

Adobe phOtoshop

Apa areda buat seharian nih???haha....tgok jela...
baru blaja tutorial adobe photoshop kat web.tu yang semangat semacam mengedit gmbr tu.takde la cantik sangat sbb saya kan budak baru belajar...hehehe....

Saturday, June 19, 2010

BleedinG In LoVE



Aku suke ni...banyak kali ulang tgok sbb tarian die ade story sebaliknya. Plus dance dorang sgt superb..hehehe

Thursday, June 17, 2010

DiKalaMalamBulanMengambang

Sekarang jam menunjukkan pukol 12:02AM....apa yg aku masih buat smpi tak tdo lg nih??Memang slalu aku tdo lambat dr ni pon...tp b4 ni on9 tanpa arah tuju jer...ni ade arah tuju malam ni...tp tula...tak brapa bermotif...hhehe
Senang cite check it out la...

this is pic with my housemate masa praktikal kt Alor Setar



 Dah mention kt dalam pic..ni kt jeti balik dr P.Perhentian
Lorong2 di Hospital Sultanah Bahiyah

Gamble2 jalan KL ngan my dearest Azureen n Tasha

Tidak dilupakan business bakul ku ini...eheheh

Familia de amore...first time kot publish pic satu fmily ni...hehe..


PD again..pinjam kipas kedai tu jap..eheh

Adikku yang sengal...(kat Nilai 3)


Aku yang lagi tak makan saman..terang kt phone tu tulis DO NOT TOUCH..eheheh 
(at muzium samudera MALACCA)

Tepi tebing sungai Melaka

Lama betol tak layan hobi aku yang satu ni iaitu mengedit2 gambar.aku takde la pandai sangat tapi sangat suka dengan gambar2 yg cantik, angle yg kreatif..and editing yg lawa....

P/S::ade bakat x???aku rasa la kan macam nak bukak syarikat printing pic...hahaha

Monday, June 14, 2010

CENDERAHATI PERKAHWINAN


~MENERIMA TEMPAHAN BAKUL BUNGA TELUR~
SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI CENDERAHATI MAJLIS
PERKAHWINAN ATAU GUBAHAN HANTARAN



1 PCS – RM0.50
50 PCS – RM 25.00
100 PCS – RM 45.00
(HARGA TIDAK TERMASUK RIBEN DAN TELUR)
UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
017-5063264 (areda)

 
p/s:: areda wat business sket skrg ni. Ni homemade punya cendrahati k…hehe. bekas ni dibuat menggunakan surat khabar terpakai dan kemudiaannya di syelek...

Wednesday, January 13, 2010

Blogging itu...


Salam readers...
kali ni nak cakap pasal kenapa areda n blogger2 lain sgt addicted dgn blog n internet ni.,..
nway, bagi aku la kan, when we blog, kita dpapat mengasah kreativiti kita yang maybe dalam pekerjaan seharian kita takleh nk apply. Contohnya, kalo ko technician, but then ko jugak kreatif menulis , nak tulis novel ke cerpen ke tak de masa yg panjang, then blog can be solution. Korg bleh tulis apa je yg korang rasa and fikirkan dlm blog korang. Tapi kena la jaga batas2 nya. Jangan sume benda ko nk luah kt blog, nnt org lain rasa annoying lak...sbb terlalu mendedahkan perasaan diri. Tapi kalo korg selesa mcm tu teruskan, pada aku, aku just tulis kias-kias, (not directly) perasaan aku.heehhehe.... Kadang2 bila idea ting tong datang aku tulis. Kalau idea tak ade, bukak "new post" byk kali pon tak jalan gk tangan unt menaip.

Satu kelebihan lain lagi, when i blog, and readers comment, it was like ada satu pertalian yg aku dh bina ngn readers aku. Tambah2 kalo korg bagi pendapat jugak pasal apa yg aku tulis, ia memcambahkan fikiran dan idea kita. Aku rasa, ramai kawan2 yg aku dapat melalui blogging. Ada kawan2 yg mmg dh lama kenal, pastu kenal lak ngan kawan2 dorg..pastu ngn kawan2 kawan dorg..(erk??),..

Then melalui blog jugak, kita dapat ilmu baru or akan carik ilmu baru untuk kongsi ngn readers. Kita dapat tahu perkembangan kawan kita yang berada jauh dari kita...apa aktiviti dorang...apa pandangan dorg tentang sesuatu perkara and mana dorang melawat. Sekali gus kita jugak dapat kenal tempat orang.

Oklah..taip panjang2 bukan orang nak baca sgt...hehe...adios amigos....heee~~*wink*

(p/s::aku tulis ni ilmiah la sikit kan, sbb ada org komplen apsal aku asyik dok tulis jiwang2 jer kebelakangan ni..hehe)

Sunday, January 10, 2010

iNgaT laGi tak koraNg masa.....(part 2)


bergigam di look out point Ampang (bergigam=bergila gambar bak kata lyn)

hangout hanballers kat ship...


beraya-raya rumah kawan2...(ni aku tujukan khas unt ko hazri, nnt kata aku tak ingt ang la..hehe)

jalan2 pg Genting Highland pastu tdo dlm kete kt stesen minyak...hehhee


konvoi raya Biomed,...acara wajib tetiap tahun ni..

(p/s:: setiap detik and masa bersama korang aku hargai)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails