Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ~MedTech~. Show all posts
Showing posts with label ~MedTech~. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Batu Hampar and Gunung Jerai

Salam readers!!!
Pada 11/2/2012 Areda dan kawan2 MedTech telah pergi memanjakan diri dengan main2 air. Kami pergi ke air terjun Batu Hampar. Kalau korang pernah dengar tempat ni terletak dekat dengan Titi Hayun. Kalau direction tu Areda memang fail la nak bagitau secara detail yang Areda pasti korang exit je Gurun then dah dekat tu nak pergi Batu Hampar and Gunung Jerai.


Terasa seperti jungle tracking pon ada...letih jugak nak sampai tempat yang maksudkan. Dalam 10 minit berjalan/ mendaki sampai la kat tempat nak mandi manda. Tempat ni cantik tapi banyak gila sampah sarap bekas yang pengunjung lain tinggalkan. Sedikit kecewa disitu. Tapi yang bestnya tempat ni tak ramai orang datang. So main la sepuas hati anda.
 Tarraaaa....setelah siap dibersih...jadi lain kali kalau pergi picnic ingat yer kawan2 bersihkan sampah sarap yang kita buat tuh...jangan nak jadikan diri anda sampah masyarakat plak...
(iklan kebersihan)

 See...i told you...seronok tuh mandi...heheheh

 Nash dan kawan Gapi beliau (sorry aku tak ingat nama kau) sedang membersihkan tempat ni..

 Ayam BBQ yang diperap oleh Nash and Arip dalam proses pembakaran...

 The ladies....
 Proses untuk menarik Fatin turun ke dalam air sepenuhnya...haha..

Tower yang berjaya dibuat setelah beberapa kali cubaan gagal...syabas anda semua...
Pemandangan dari puncak gunung jerai...sangat cantik bunga2 dan anda ble feeling ala2 oversea gitu,...hehehe

Harussss ada gambar ini...bukti Areda dah sampai Gunung Jerai

Kalau tak nampak bendera bleh kata ada kat kedutaan mana2 x??? (nak jugak obersea punya feeling)

Group picture yang entah kali ke berapa...

againnnn

Lompatan kanak2 girang perasan forever 21...padahal 24 sudah...opss....

Kesimpulan dari jalan2 kali ni memang best. Bukan sebab tempat yang kita pergi tapi bersama siapa kita pergi. Kenangan harus dicipta selagi kita ada kuasa...wahhh tiba2 keluar ayat falsafah docter chentaaa plak...
So, apalagi..kalau ada masa terluang ajaklah rakan2 terchenta or family jalan yer...

Thursday, February 2, 2012

Bowling at Sunway Penang

Setelah duit elaun masuk baru ada semangat nak mengahbiskan duit tu kan??hehe...Areda memulakan aktiviti menghabiskan duit dengan bowling. Bukan pandai main pun, sekadar beriadah suka2 bersama kawan2.
So layan the pics sajalah ok ?? Tapi gambar guna hp cikai aku ni je..so kualiti memang kureng sket la..

Para atlet sedang menumpukan penuh kosentrasi dengan trademark "Boleh bah kalau kau" (baca dalam dialek sabah)

Para penonton yang tidak jemu2 memberi sokongan / kutukan...ehhehe

"Bila turn aku nih??"- Mek Som

Cik Nina yang awal2 buat ayat selebriti "Aku tak reti main ni, jangan gelak tau"..alih2 dia antara yang markah paling tinggi...adeh..

Thursday, January 12, 2012

Busy itu sibuk

What keeps Areda busy lately??
Working of course


Jalan-jalan Alor Setar bersama rakan2 terchenta

Najla's engagement with MR.O

Friend's birthday celebration (padahal kat McD je pon)



and
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/

Areda bertuuuuuuu.......hmmmmm


ops...itu propa je..belum ada seruan lagi...(ke seruan dah ade calon je takde?hehehe)


exuberantTalk:: Beauty isn't about having a pretty face, it's about having a pretty mind, a pretty heart, and a pretty soul.

Friday, November 18, 2011

Ah-Basri Satay

Tempat makan ni terletak area Bayan Baru. Dekat tepi area Kassim Mustafa nasi kandar and depan Giant tu..Dah nama pon satay Ah-Basri kan..so mesti la satay adalah menu utama kat sini. Pernah masuk rancangan Jalan2 Cari Makan kalau korang pernah tengok kat tv3. Areda pergi dengan rakan2 MedTech especially kawan2 UM.
Air ni datang sekali dengan set nasi tomato. Air orange in default mode. Takleh tukar2 dah..ehhehe 
 
Terdapat pelbagai jenis nasi dekat menu seperti nasi planta tapi yang ada malam tu hanya nasi tomato sahaja. Bagi aku nasi tomato dia biasa aje tapi sate memang terbaiklah. Harga set ni sekali air and sate RM 7.40.

Terdapat sate ayam original, black paper and tandoori. Me prefer original. Kalau korang nak lagi sate boleh order untuk ayam original harga RM1 secucuk. Kalau perisa lain mahal sikit. Tapi memang puas hati la. Ada sate sotong and rusa tak silap. Nanti dorang akan tambah menu lagi katanya sate kijang. Macam menarik kan??
Ni kawan Areda nama beliau Ell. Masa ni dia ada conference (betol ke ell?) kat hotel berdekatan so kami bawak la dia makan2 and sebab dah lama tak jumpa.Ops..lupa nak bagitau ell makan sate tandoori..red in colour
This is black paper sate ordered by my friend. Not bad jugak rasanya.
Penulis dan sate beliau. saya tau saya tak perlu posing begitu 

Ini adalah kawan2 Areda yang turut join this reunion or makan2 thing. Untuk pengetahuan you all, kalau nak order kena pergi kaunter ala2 KFC, McD . Then selalunya korang akan dapat air dulu then sate or makanan lain akan dihantar kemudian. Servis okey cepat je. 
 Last but not least, cik Kema bersama jus Timun free dari tuan kedai. Katanya nak bagi kami semua try. Bagi aku not bad tapi untuk orang yang tak makan timun baik tak payah order la kan. Kalau hampas or habuk2 tu ditapis sikit mungkin lebih sedap air itu.


exuberantTalk::Apabila namanya pasukan Malaysia, rasanya tak perlu kita membezakan ia pula mengikut negeri.."eh dia tuh orang negeri aku la.."..seriously, perlu ke??

Wednesday, November 16, 2011

Gaji Pertama

Gaji pertama ni memang paling dinantikan. Tambah untuk orang yang baru kerja macam aku nih kan. Mula la nak bajet2 gaji tu nak buat apa, nak bagi siapa, nak bayar apa..Aiisshh...pening jugak tuh sebab gaji tak seberapa. Tapi bersyukur itu mesti.
Apa yang korang list kan dulu ?? Aku pernah dengar orang cakap, gaji kita mula2 dapat tu kena tolak dulu duit untuk parents. PENTING tu!! kau dah belajar tingi2 lepastu nak bagi mak ayah berkira kan..memang durhaka tuh...heheheh

Bukanlah benyak pon yang mereka perlukan tapi ingatan itu penting dan berharga. Jangan terlalu pikir sangat kalau bagi nanti aku takde duit untuk shopping la..oh noo...jangan kita amalkan tu yer. Semoga duit yang kita dapat tu lebih berkat. Kalau kedekut sangat nanti tak pasal2 kena spend duit tu untuk kereta kau yang tiba2 rosak. Lagi mahal ...haaa kan dah cakap!!
Kalaulah duit aku sebanyak ini...(pics from Google)

Soal kedua, SIMPANAN!!..ohh ini memang perlu juga masuk dalam list. How much you want to save in your saving account?? Kalau boleh kena consistent la menyimpan. Baru boleh bayar downpayment kereta nanti .ehhehe..Simpanan penting untuk masa susah, masa depan contohnya kau nak kawen nanti kan..Walaupon kita ni perempuan duit simpanan tu mesti ada. Aku selalu dengar girl yang nak kawen ni terpaksa cut budget itu ini sebab duit hantaran tak cukup. Bukan maksud di sini nak naikkan hantaran sebab kita kena paham lelaki pon susah payah jugak nak simpan duit mereka. Mesti kita kena tolong jugak sedikit sebanyak. Kalau duit takde??? Pakai baju kawen kain guni??hehehehe....(cohtoh jer..). Cohtoh lain simpan duit untuk pergi haji. Jangan ingat nak kawen aje...

Akhir kata, marilah kita sama2 menabung dan berjimat. Walaupon gaji pertama dah habis, cuba apply kat gaji next month okey...hehehe



exuberantTalk:: biar miskin harta jangan miskin budi pekerti

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday


exuberantTalk:: biar buta mata jangan buta hati

Tuesday, November 1, 2011

Bangkok Tomyam

Destinasi Makan kali ni Bangkok Tomyam area airport Bayan Lepas...Kalau dari airport sebelah kiri korang...straight sikit ada trafic light bole buat U turn then lepas buat U turn masuk simpang kiri. Straight aje then akan terpampanglah Bangkok Tomyam tepi jalan aje..
Servis cepat tak perlu korang nak tunggu lama-lama..Kami pergi makan 5 orang and pilih set RM69..menu yang ada dalam set tersebut :
 Siakap masak stim halia (rasanya gitu la susunan nama nya)
Sedap..and memang puas la makan untuk 5 orang..tapi kawan2 cik Areda ni slim2 je..so dorang makan sikit2 aje..cik Areda la melantak lebih sikit..heheheh
Ayam masak gajus...sedap bagi cik Areda sebab tak pernah lagi makan masakan begitu (sekali model i bagi u olls tau..hehe) cik mimi nama beliau
Somtam...
Sotong goreng tepung ..ni dah kurang bilangannya ni sebab sudah sirentap oleh kami..hehe
and ada tomyam..tapi tak sempat nak snap pic nya kerana sudah kelaparan la..
oohh....air jus buah satu jag sekali dalam set ini.

Agak berpatutan jugak harga kat sini sebab selalu kalau makan ada ikan siakap ni mahu seratus jugak skali lauk2 sampingan. Bolehlah mencuba kalau jalan2 ke Pinang yer.

Saturday, October 22, 2011

Penang Botanical Garden

Botanical garden ni terletak lebig kurang 8km dari bandar Georgetown. Cantik tenpat ni memang sesuai kalau nak buat photoshoot yang nak berlatar belakangkan pohon2 hijau. Niat di hati ingat nak wat photoshoot grad kt sini tp tak sempat la plak...takpe la...takde rezeki...

Areda pergi ni dengan kawan2 MedTech training ni setelah kelas Mr Michael posponed to next friday..kelas modul Change Management and kami pon memang change plan la lepas kelas diumumkan batal kan.,..so here are some pictures of us taken there. Malangnya camera hp aje sebab camera tak bawak..dengan baju kurung aku berpanas...hehehe ayu gitu....




For those yang ak datang jalan2 kat Penang bolehlah jadikan tempat ni sebagai destinasi wajib korang..ala2 duta penang pulak aku promote kan...saje la..dulu aku wat liputan tempat makan best area KL sekarang jalan2 Penang la pulak kan..hehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails