Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ~biomedical engineering~. Show all posts
Showing posts with label ~biomedical engineering~. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Konvo sudah!!!

Saya dah graduate!! yeay!!! Dulu cabaran nak habiskan degree dalam tempoh 4 tahun dan sekarang cabaran membina kerjaya...
Sepanjang perjalanan hidup ini banyak orang yang kita jumpa dan dari mereka kita belajar erti hidup.
Selama ini juga kita menempuhi pelbagai cabaran yang menjadikan kita kuat dan cabaran yang membuatkan kita sedar betapa kita lemah sebenarnya.
Walaubagaimanapun, kita jangan berputus asa kerana setiap kesusahan ada kebaikan yang menanti!!


(p/s::tak banyak ambik pics masa konvo..sedey!!)

Tuesday, July 5, 2011

Journal Paper

Salam readers!!!
Kalau ada yang pernah mengikuti blog Areda ni mesti perasan yang dulu ada letak iklan siapa yang nak jadi subjek flat feet untuk thesis final year dulu kan?? kalau tak tau sila baca entry ini.Thesis tu dah lama siap..tapi baru-baru ni one of my lecturer contact and tell me that they want to send my thesis to a journal paper!! yeay!!!


Ok...ok...memanglah bagi korang tak berapa sangat tajuk thesis aku tuh..walaupon maybe study aje...bukan reka benda hebat-hebat macam orang lain, tapi untuk insan lemah macam aku ni mesti la rasa gembira dia tahap tinggi yer...heheheh

Actually bukan lah dorang amik bulat2 semua aku tulis tuh...ada 2 orang prof and sorang lect lagi yang jadi as co-author paper tuh. Semua ni masih dalam proses lagi, tak publish betul2 lagi. Hopefully berjaya la nanti kan..Doakan saya ye!!

p/s:: Still hoping that the suitable job will knock my door..hhehehehe

Friday, April 8, 2011

William, Kelana Jaya

Ape motif pandangan itu???

Air yang sangat besar..kongsi je kalau korang pergi sini

Ayam percik kot

aku dan ribena laici..kalau korang pergi beli air ni baik kongsi 2 orang je..

Mexican chicken

Air honey mende ntah si ct ni order

Anne dan chicken chop

Lasagne

p/s:: aku upload gambar and bagi caption je..kemalasan nak karang ayat sbb baru lepas karang ayat thesis aku ni...hehehe

p/s lagi: Al-Fatihah kepada arwah nenekku yang baru kembali ke rahmatullah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman

Wednesday, November 24, 2010

Exam

Motif: entry ni ditulis bukan nak menyampaikan apa sangat sekadar sebab malas nak mengadap buku dah...
Fakta : Esok aku exam....!!!
Perasaan:
Tak nak exam...haaa...aku rasa semua orang tak nak exam kot..hehehe..masa ni la baru ade teori, exam ni tak perlu sebenarnya...ia akan membuatkan pelajar hanya belajar untuk exam semata tanpa benar2 ingin mengetahui atau belajar inti pelajaran tersebut. OK aku dah start mengarut dengan teori sendiri. (tapi betul kan?kan??hehe). Tapi kalau takde exam susah la jugak nak evaluate pelajar ni kan...tapi kalau ada exam.....huuhuuuu.(ade je tapi tu...)

Maklumat:
Esok (25/11) paper Mechanic of Machine...
lusa (26/11) paper Artificial Organ (paper ni open notes..hehee)...

Oklah..tu jer kot...insyaAllah saya akan doakan semua kawan2 saya agar berjaya dalam peperiksaan kali ini. InsyaAllah anda semua berada dalam doa selepas solatku...hehehe....doakan saya jugak yer...(mode baik).

Friday, November 19, 2010

Tahun ke 4


Setelah memasuki tahun ke 4 pengajian ni..banyak yang telah aku belajar...antaranya

1. Kurangkan perasaan risau.

Kalau kau rasa nak balik kampung balik ajer..kalau nak tunggu kerja siap..sampai bila pon tak habis...hehehe. Seriously, aku dah masuk tahun 4 ni malas nak risau2 sangat pasal kerja tak siap semua. Gamble jer...hehehe...ada masa nanti buat la. (sila jangan tiru yer..). Setakat ni kerja siap la on time walaupon banyak last minit punya kerja.

2. Sesuaikan diri

Menyesuaikan diri dengan waktu songsang. Malam menjadi siang dan siang menjadi malam. Mana tak nya,
kalau pukul 12 tgh malam baru kau ada mood/idea/tiru nak buat assignment..maka waktu itulah otak kau mengeluarkan idea2 bernas ni..maka alamatnya sampai pukul 5/6 pagi la kau dengan labtop or buku. Lepas solat subuh terus padam...tido sampai tgh hari pulak. Bangun dah lewat pastu mesti la xde mood nak sambung kerja lagi kan, plus perut pon lapaq maka carik makanan dulu. Main FB jap...blog jap...sedar2 nak masuk maghrib dah. Maka putaran semalam berulang.hehehe...Kawan aku cakap, kalau waktu tidur korang dah songsang, korang akan mudah sedeh...entah la...betul agaknya. Sebab orang lainb tido kita berjaga. Macam sunyi hidup kot...ehhehe

3. Menjana idea

Kalau kerja dah last minit, ink printer pulak dah habis, maka otak harus berpikir dgn pantas mana nak carik sumber printer dan binding misalnya. Bertambah parah kalau kedai kat department korang tu tak bukak pulak. Melilau carik kedai.hehehe..baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah waktu ni kan..ehehehe...

4. Aktif

Maka email yang telah berkurun lama dibuat baru tahun ni kau nak guna kan. Baru la nak balas2 email ngan kawan2 semua pasal notes. Pasal thesis la...nak tnya itu...tanya ini...lau tidak...sebelum ni kau sepahkan dengan email dari fb je kan...hehehe

oklah takat ini aje dulu idea yang ada. Kalau ada lagi nanti i update lagi yer. Haa....readers ade lagi point lain??sila2 tambah k...best jugak dengar idea orang lain. Mesti menarik dan ade yang unexpected...hehehe

Thursday, November 4, 2010

Simptom final year

1. Menyalahkan lecturer korang

Ini adalah kesan yang paling ketara. Korang akan menyalahkan pensyarah korang kerana memberi tajuk final projek yang ntah apa2 sehingga tak tercapai dek akalmu (macam tajuk lagu elyana lak..ehhe). Kedengaran juga beberapa kata2 cacian seperti tidak logik dek akal. Padahal memang dah tau final year memang bergini dekk oiiii....heheheh.

Dah minggu ke 12 baru nak jumpa pensyarah korang sebabnya korang dah blank nak wat kijo tu macam mana...makanya akan terhasillah bebelan2 berbakol bakol yang kau harus terima. Tidak cukup dengan itu beliau akan turut menambah kerja kau...dan kau rasa "Baik aku tak payah pergi jumpa lect aku ni"...hehee...well....pengalaman mengajar erti kesabaran...(ape ko merepek areda??)

2. Air mata tidak dapat dibendung lagi
wooo...masa ni kau mula la nak wat drama "La Amore"...dengan juntaian air mata. Masa ni mula la nak carik mak ko...tepon nangis2 atau pon boy friend ko...hehehe....maka terjadilah kisah air mata. Masa ni la baru kau kenal erti stress yang sebenar kan?kan?...haha....aku macam tu.Senang cite...haa satu lagi...masa ni la baru kau nak carik Quran .....baru nak ingat tuhan kan...(adoiii....terasanya diri ni...hehe)...Macam kes aku plak...aku mencarik jugak buku2 motivasi dan baca artikel motivasi ni...Serius wei...motivasi kau perlu carik jugak sekali sekala. Dalam diri kita ni bukan 24jam optimistik...kalau tahap motivasi dalam diri kurang,...boleh effect tindakan2 korang yang mungkin melahirkan insan kurang cemerlang,...(okey dah macam moto sekolah).

3. Status facebook bertukar dari "single" kpd "in relationship with ...." atau sebaliknya
Masa ni la kau nak carik awek atau pakwe...sebabnya....nak mintak tolong beliau...hehehe...kira macam pakwe/awek contract la...i tlg u..u tlg i....heeheh....tolong thesis i...i tlg thesis u...okey...memang pernah terlintas idea ni.hehehe....ape kau ingat senang sangat nak carik pakwe sekarang???hahaha
dan tidak lupa juga pada yang dari couple2 ni...clash...sebabnya tensi ngan final year projek sampai tak terlayan gf/fb. ish2...tragis2...

4. Labtop pon buat hal
Dalam pada esok nak kena hantar proposal ni...hari ni jugak la kau punya lappy tuh nak mengada2....hang sana...hang sini....tak boleh on...on tapi tak masuk window la...and paling tragis, dah la tak wat back up di mana2 ni..adoii....mintak2 jauh yer....

5. Entry pasal "final year simptom" kat blog korang
hehehe......masa ni la ada idea nak tulis pengalaman2 korang yang dah mengong tu kat blog kan...sebelum ni nak update blog pon malas bukan main.Ni siap boleh buat karangan 4000 patah perkataan.buat proposal prjek nak sampai 1 muka surat pon bagai setahun lamanya.....hehehe....sape makan cili dia terasa pedasnya...Sekian...
Okey....itu adalah saya,,,,hehee

Tuesday, October 26, 2010

Motion Lab

benda yang bercahaya itu adalah markers yg digunakan dlm lab ini untuk capture motion die dlm komputer nnt...kalau korang tak paham takpe..sbb aku pon bukan paham sgt bnda ni sume.hehhe   

patung la konon...

 gaya aku bagi 10 markah


 seterusnya model bola sepak

 subjek yang sudah keletihan menunggu

ini semua adalah kerana thesis yang berlumba2 nk disiapkan oleh kami semua as syarat wajib nk grad kn...hehe..

end of the day : semua orang jadi profesional golfer...hahahahah

Thursday, October 14, 2010

Flat Feet

Who have flat feet and interested in helping me out through my thesis project..u can contact me (areda - 0175063264)...or juz message to my inbox(noradawiah@yahoo.com) and leave ur number and i'll contact you.thanks!!

(priority::person who stayed around KL and also UM students)

Apa itu flat feet??

haa..meh nak terang sikit..flat feet atau dalam bahasa melayu nye kaki rata...haha

okey, tapak kaki korang rata. Kan selalunya normal people akan ada arch sikit kat tepi kaki. means bukan semua tapak kaki korang rata kan?ade part yang tak sentuh tanah kn? macam pic ni :

kat atas ni adalah normal foot...means kawasan yang tak kena dakwat hitam itu adalah tak sentuh tanah kan?itu adalah arch kaki korang. 

manakala flat foot pulak macam kat bawah ni :

haa kat atas ni kan flat feet tapak kaki sama  je kan...tapi flat feet ni kalau among kanak or babies adalah perkara biasa sebab arch dorang baru nak develop. Cuba tengok kaki anak2 or adik2 korang yang babies sekarang!!ehhehe....flat lagi kan??macam ni


jangan risau, nanti makin dia besar ade la arch tu...

and kepada orang yang ade flat feet jugak jangan risau jugak sebab skrg ni banyak orthoses atau alat bantuan yang ada kat pasaran yang korang boleh pakai dalam kasut yg dipanggil insole.Contoh insole camni :


pic taken from orthaheel 

untuk maklumat lanjut sila google2 lagi yer korang....haaa ape lagi tolong la jadi subject aku untuk thesis ni.penat cek terang kat hangpa semua ni....hhehehe.korang hanya perlu berjalan and certain measurement akan diambil ikot procedure yang telah ditetapkan. Nanti aku bagi ler sikit cenderamata.Please....eh ade aku cakap lelaki and perempuan dialu alukan...dont be shy k.hehehe


Friday, October 1, 2010

Cerita Raya Aku

Minggu lepas Areda dan beberapa kawan2 biomed telah pergi beraya ke rumah 2 orang kawan kami. Rumah Syazwani dan Wan Gerrard. Actly, aku tak plan nak pg pon, last2 dorang ajak sbb ade kekosongan kereta..apa lagi...menyonget aku ikot...hehehhe..maklumlah hujung minggu Dr Love korang ni bukan menarik sgt pon ...Takat berperap/ study kat bilik ade laa.hehe..Okeylah...cekidaut the gambar yer...

the boys di rumah wani...( "boys "valid ker lagi??)

 kiri tu wani jugak...tapi ktorang namakan beliau..wani pasum...yang rumah ktorang beraya ni nama nya wani awa (sebab Awa adalah nama rumate beliau)

 amboi Ijat...bahagia sungguh bercerita...tengok macam Areda ni...alert je dgn camera...hahaha

 Azli yang memang mengidam buah mangga tersebut sejak pertama kali memandang buah tersebut melambai-lambai di atas pokok.

 the girls...(haa...ni valid..hehehe)...ni kat rumah Gerard

ni la Cik Awa rumate wani awa....

haaaa...ni pulak tuan empunya belog ini...hehe...perhatian::pinggan tersebut sangat unik bentuknya sehingga ada cara nak pegang pinggan tersebut.Hanya Azli yang tahu ajar bagaimana caranya...hahah

 Okey...pic ni kena besarkan seboleh mungkin...Ni kawan2 biomed aku yang dapat pergi korea haritu selama 6 bulan dorang dok sana. jadi orang korea kejap..heheh....Tapi anda jangan tertipu dengan Salam Perantauan tersebut kerana sesungguhnya kawan2 Areda ni dah balik Malaysia kira2 2 bulan lebeh yang lalu. Beraya pon kat Malaysia..entah sapa la antara mereka ni yang hantar pic ni.

 salah seorang yang pergi Korea ni adalah beliau...en shaiful shafian...(hamik ko...skali nama bapak aku letak...ehhehe)..Actly, ktorang tak tau pon pic dorang ni masuk Kosmo (tak silap)...ke Metro???Kat rumah Gerrard baru sedar/tahu..termasuklah dorang ni sendiri.

 perhatian :: sila lihat cincin di jari beliau,...hehehe...(jln masjid india mari...)

 Rodney yang sama2 nak beraya....Lagi sakan dia bergaya nak beraya ni...hahaha..ohh...lupa plak, kredit to him untuk sesetengah gambar di sini...(len kali amik pic aku yg fotogedik ni byk2...haha)
 ini adalah Naimah....orang pahang....single lagi rasanya,...kalau nak berkenalan sila kontek saya ni no..
017 -506XXXX
 Velen John...beraya jugak...

 Cik awa lagi...

 Azli si tukang ajar cara2 memegang pinggan dengan cara yang betol

 Ijat si penggemar nasi ayam

 haruslah bergambar ramai-ramai kan..Ni depan rumah Wani awa yer...

 Gambar laggiiiii.......sebelum naik kereta

Ni pulak kat rumah Gerrard...

Oklah...itulah gambar yang telah dipilih untuk sesi kali ini. Diharap readers enjoy!!

(p/s:: ade sesape nak jemput Areda pergi open house rumah korang???ehehhehe)

Monday, August 30, 2010

Naili's Place

Salam readers..Kali ini Areda nak cite pasal bukak puasa di Naili's Place pulak...tempat makan ni area sentul kalau tka silap. Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila pergi tanya en.Google map yer...heeheh..
Untuk makan kat sini kami mula-mula buat reservation dulu. Sebab nak pergi ramai kan..dalam 30 orang semua sekali. Ohh...kali ni pergi dengan kawan2 satu course Biomed (Biomedical Engineering).
Oklah, layan pics aje la yer...


 Ok..cukup2....makanan pulak yer...zaasss.....

Gambar makanan and minumam tak boleh letak besar2..nanti kang terliur lak korang...aku jugak yang susah...heheheh
Entrance dia aku suka...sangat cantik dan ada nilai2 etnik...cewaaahhh....
Last but not least......
Kelas 4 Amanah...ahahahahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails