Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ~Dr Love~. Show all posts
Showing posts with label ~Dr Love~. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Drama vs Realiti

Drama 1
Minah : Monolog dalaman "Rindu betol la kat Abu...dia buat apa ek sekarang?ingat kat aku tak?..."

Di tempat lain....
Abu : Rindu la kat Minah..dia ingat kat aku jugak ke??

Realiti 1
Minah: I rindu la kat Abu...dia mesti ingat I jugak kan...hehehe

Di rumah Abu
Abu: Main dota lagi best (tanpa terdetik pon kerinduan)





Drama 2
Minah : Nak kol ke tak ek??hmm...alaa...malu la..tunggu dia kol dulu la..nanti ingat aku terhegeh2 kat die plak..

beberapa minit kemudian..

kring..kring....
Minah : eh Abu...teringat jugak u nak kol I kan..baru tadi I ingat nak kol u..
Abu: eh sehati sejiwa kan kita nih...

Realiti 2
Minah : kenapa telepon aku tak berdering lagi ni...takpe2 kejap lagi mesti dia kol la.,.yakin2..

beberapa jam berlalu..
Minah : ZZZzzzzZZZZZzzzzzzz

exuberantTalk:: Sebab realiti tak seindah mimpi maka wujudnya drama

Sunday, July 3, 2011

Men Go to Their Caves and Women Talk


Tajuk nak english je kan??hehehe...sebenarnya baru2 ni areda dalam proses baca buku MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS. Tak habis lagi pon baca tapi nak share apa yang Areda baca setakat ni. Betapa berbezanya lelaki dan perempuan dalam menghadapi stress. Kalau korang punya pasangan mungkin korang akan perasan apa yang Areda cakapkan ini pernah berlaku.

Menurut buku nih, jika seseorang lelaki stress atau tengah runsing dan dalam masalah, mereka lebih gemar menyendiri dan berseorangan untuk memikirkan masalah tersebut. Sebaliknya seorang wanita akan selalu menghadapi masalah itu dengan lebih selalu memperkatakan tentang masalah tersebut kepada orang terdekat. Itu cara orang perempuan lepas tension dia. Kalau lelaki mereka akan senyap je tiba2 and membuatkan pasangannya tidak senang duduk. Kenapa?? sebab perempuan tak paham bahawa lelaki kalau ada masalah mereka akan lebih suka diam dan masuk dalam gua mereka. Sebab perempuan tak macam tuh. Masa ni la peremppuan mula pikir yang lelaki ni tak sayang dia la...ada orang lah...dan macam2 lagi. Wanita akan tidak senang duduk la kalau tau pasangan dia ada masalah tapi tak cakap.


Sebaliknya lelaki pula akan rasa masa ni perempuan ni banyak pulak bercakap padahal perempuan nak lepas stress memang macam tuh. Walaupon wanita tahu walau dorang cakap banyak sekalipun lelaki tu tak boleh tolong selesaikan masalahnya, tapi after that dia akan rasa much2 better. Lelaki akan duduk dalam cavesmereka sampailah mereka jumpa solution. Sebab bagi lelaki kalau mereka nak cakap masalah mereka pon pada orang yang dirasakan boleh memberikan solution untuk masalah tersebut. Kalau tak jumpa solution mereka akan sibukkan diri mereka dengan melakukan benda lain seperti main games, baca surat khabar ke..asalkan mereka dapat relax daripada masalah tersebut seketika.


Maka perbezaan ini yang mungkin kita semua tidak sedar yang sedikit sebanyak buat kita tak paham pasangan kita kan. Solution nya adalah dengan cuba memahami pasangan masing2 kalau mereka tengah stress. Perempuan kena cuba tahan diri dari tanya banyak2 and lelaki kena la dengar and empati bila perempuan cerita masalah mereka.

p/s::The differences between us that make us want each other more

Sunday, December 26, 2010

Melepaskan

Melepaskan tidak semudah yang disangka. Cakap memang senang tapi nak merealisasikannya amatlah susah. Tapi tidaklah mustahil cuma memerlukan daya tolakan diri yang kuat. Orang selalu kata "aku nak lepaskan dia". Lepaskan di sini tidak semestinya melepaskan sesuatu yang menjadi hak milik kamu. Kadang2 perkara atau benda yang tidak pernah menjadi hak milik kita pon kita terpaksa lepaskan. Melepaskan bukan bermaksud mengalah, tetapi mungkin lebih kepada erti memberi kebahagiaan kepada pihak yang lain. Biarlah kita melepaskan denga merasa kemenangan di hati kita. Melihat mereka gembira membuat kau puas satu hari nanti.

Tapi ada juga orang yang beria-ria kata mahu melepaskan. Tapi tindakan yang dilakukan sebaliknya,. Malah lebih menarik perkara itu mendekati hati dan perasaan. Dan akibatnya, "its too late my dear". Bila ada wake up call datang, sedarlah sekejap. Lepas tu kau buat balik kan???Then perkara itu terus berlanjutan sehingga hati kau sendiri akhirnya sakit susah nak cari ubat. Kalau hati kau je sakit takpe la, ini pasti ada pasti hati lagi satu pon sakit jugak. Dah jadi sakit hati berangkai..heheheh

Orang selalu kata "let bygone be bygone". Kau selalu sebut, ade ko paham makna tersirat dia? ada kau cuba hayati??Persoalan agak kasar, tapi ramai terlupa menjawab.

Tidak salah jika masih mahu berpegang dan tidak mahu melepaskan, jika kau masih kuat. Tapi, jika diri sendiri terasa bagai lelayang ditiup angin, atau lalang yang melambai, baik letak titik di situ. Kalau tak nak letak titik lagi pon takpe, letak la koma sekejap. Tapi tak kukuh aku rasa.

Untuk menyedapkan hati, kita selalu mereka satu cerita yang indah. Agar hati sendiri tak sakit. Membayangkan yang indah2 bahkan watak pon yang indah2. Padahal tidak kita sedar, mereka tak seindah itu. Anggapannya tak sama seperti itu. Itu hanyalah watak ciptaan kau. Pasti pengalaman banyak mengajar kau apa erti dia sebenarnya. Tak seperti diharapkan tapi masih mahu dipegang.


(p/s:: wake up call plsss)

Friday, December 3, 2010

Why we should marry a doctor pulak???

Assalamualaikum readers...
Entry kali ni kira sambungan entry why u should marry an engineer. Kali ni kita tengok pulak why we should marry a doctor.....hehehe
Credit to miss emiko

1. The stethoscope.

2. They can give you the gift of "missing them" because they are always at work.

3. They can give you a free medical consultation.

4.You save yourself the embarrassment of going to a doctor with a water infection!!

5. They are smart!!

6. They are heavy weight party people in the weekend

7. They can check your hear rate when u angry....!!

8. They are well trained to listen.

9. They know how you feel, or at least pretend to!!

10. They always have a strange new story to tell.

11. They offer you a tissue when you feel like crying (it is a reflex).

12. They can stay up all night if you want them to accompany you watching a horror movie because they are used to have 'on call'.

13. They can guide you in the gym.

14. Money!!! (Although they work long hours for it)

15. Free medical samples!!

16. They are unshockable!!!

17. They know what you want to hear and say it!!

18. They always try to dress nice!!

19. They are trained in breaking bad news

Wednesday, December 1, 2010

Dialog dengan Encik Kebahagiaan

Assalamualaikum readers!!! Areda baru habis exam paper Biomechatronic tadi ni. Then rasa semangat pulak nak update blog kan...rindu kat blog sendiri.,..hehehe....berkenaan dengan tajuk "encik kebahagiaan" di atas bukanlah bermakna pakwe / bf ataupon seangkatan dengan nye...jangan salah paham yer...

Kali ni nak share apa yang sempat aku baca dalam buku Jangan Bersedih, Kebahagiaan Pasti Bersamamu.


Bahagia ditanya , " Dimanakah kamu tinggal?"
Ia menjawab : "Di dalam hati orang-orang yang redha."

Soalan 2 : " Lalu dengan apakah kamu makan?"
Jawapan 2: "Dengan kekuatan iman mereka"


Soalan 3: "Bagaimanakah kamu boleh bertahan?"
Jawapan 3: " Dengan strategi mereka yang begitu baik"


Soalan 4 : " Dengan apakah kamu diperolehi?"
Jawapan 4: " Dengan keyakinan jiwa bahawa ia tidak akan ditimpa oleh sesuatu apapun kecuali apa yang telah ditetapkan Allah padanya."


Soalan 5: " Lantaran apakah kamu dapat menghilang?"
Jawapan 5: " Lantaran sifat tamak setelah bersifat qanaah, dengan ambisi setelah bersifat pemaaf, dengan derita setelah bergembira, dan dengan keraguan setelah keyakinan."


(Dr. Mustafa al-Siba'i)
Okey berdasarkan apa yang aku paham, kebahagiaan boleh diperolehi dengan memantapkan iman. Jika ditimpa sesuatu kesusahan, hendaklah kita berusaha untuk berfikir idea yang terbaik untuk menyelesaikannya. Tapi keraguan dan rasa bersedih pasti terus menghambat perasaan, dengan itu kitarus yakin bahawa Allah akan tetap bagi yang terbaik untuk kita walaupun pada dasarnya kelihatan musibah yang menimpa. Pasti ada hikmah yang sangat besar disebalik kesusahan yang diberi. 

Kebahagiaan juga bukanlah senang sangat nak pergi dari hati kita kan. Ia akan pergi sekiranya kita bersifat tamak setelah bersifat qanaah. Qanaah ni maksudnya "sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah". Kalau kita pada mulanya telah merasakan cukup, tetapi tiba2 rasa tamak menguasai diri, pasti hati tak tenang dan terus mahukan yang lebih besar. Dan ini akan buat hati tidak bahagia lagi.a akan terus rasa derita padahal before ni dah rasa gembiram pastu rasa ragu padahal sebelum ni dah rasa yakin dengan keputusan yang di ambil. So maksudnya syarat nak tidak bahagia ni banyak...bukan senang2 kita boleh mengaku kita ini adalah insa tidak bahagia yer kawan2.

Jangan kita cepat berputus asa sedangkan sebenarnya kesedihan yang kita rasai itu masih belum tentu kesusahan yang paling berat. Belajar untuk redhakan hati. Aku paham, memang susah dan harus selalu kuatkan azam. Tapi itu tidak mustahil selagi kita masih percaya Allah pasti akan membantu kita. Yakinlah!!! Pertolongan Allah itu ada di mana-mana.

p/s: Happy birthday to my coursemate Mimi Mawar Atikah. Semoga segala yang dihajati dapat diperolehi dan kebahagiaan terus mengiringi pertambahan usiamu...heheh (cewaahhh...rasa skema la plak)

Sunday, November 28, 2010

kahwin dulu, baru dating

Salam readers, entry kali ni nak kongsi apa yang Areda baca dari bog seorang rakan. Dia pon amik dari Usrah Canada . Aku rasa ini isu yang sangat bagus. Memang wajib kongsi dengan semua...Entry ni memang untuk yang rajin dan sabar membaca sahaja.hehe...


 >>>>>

When you hear about “kahwin dulu, baru dating“, probably in your mind you will be thinking about a guy with a kopiah 24 hours on his head marrying a girl who wear the tudung labuh or even a niqaab, better known as purdah at Malaysia. Your first instinct will also probably be, “I pray, I fast, I wear tudung, but I am not these extreme ‘alim people. I need to get to know my partner for life inside out. So, I need to date him, to know whether we are serasi or not.” I perfectly understand your concern. I understand that you are not ‘crazy’ enough to just jump into a marriage without knowing who your partner really is. So in the end, this kahwin dulu baru dating trend becomes an exclusive thing among people who are active in dakwah and jemaah, while the muslim masses are walking together holding hands or ‘hanging out’ at restaurants at KLCC, Mid Valley, etc. Some of these people are perhaps incurable, but I believe some just don’t get how kahwin dulu baru dating can actually work. I will try my best to show you that kahwin dulu baru dating actually works, and romantic love is hogwash in supposedly spotting the ideal partner for a long-lasting marriage. 


Firstly, I have heard about people mocking about those who had successful marriage through matchmake as just being ‘lucky’. To set the record straight, according to National Geographic, the divorce rate of the Western world which embraces total romantic love is around 50 to 60% – a healthy percentage indeed! So, even if you start your marriage with romantic love, the probability for it to last until death-do-you-apart is less than half. I would like to call upon those ardent defenders of romantic love to pause for awhile and enjoy this statistics before proceeding to conjure some pseudo theories about the advantages of having romantic love – you can’t fool the figures. I would say that the western society has 1001 flaws in keeping a safe household and those ‘other factors’ surely contribute to the statistics, but the fact still remain that romantic love fails to spot these people’s partner for life. According to a study done by Utusan Malaysia, our country also has a divorce rate of 54% and our society is practically westernised with majority embracing romantic love – although maybe not the type that ends up on the bed. So it’s the same old story, statistics wise.


Some people say we need to know whether we have ‘chemistry’ through countless dates, hang outs, and spending a lot of time together. Going through a person’s ‘CV’, peer opinion or recommendation, observing her/him in public, and a brief get-to-know session are just not enough. We know that during this courting period, everyone pijak semut pon tak mati, and you will always forgive your partner’s shortcoming no matter how big they are, simply because you are madly in love. How many times have we heard about glitch-free Pakwe 1.0 who eventually turned into Husband 1.0 with lots of viruses and trojan horses? Also note that I am not saying go into a marriage with someone you know you don’t like, but I am saying you don’t need these romantic craps to know a person through and through. The fact is you won’t really know a person unless you live, eat, and sleep with him or her.


I wonder how Amazon.com can make big bucks, if everyone really insists in browsing through a book before buying it. Worst still, this book has a lot of pages written in magic invisible ink that will only show up after you buy it! So you never really know what you are buying. What if good reviews, high-praise critics, and best sellers are not enough for one to make a decision to buy a book? I admit that drawing an analogy between life partner with a book just doesn’t make sense at all. Let’s get scientific. So what really is this thing called love? Anthropologist Helen Fisher, a professor at Rutgers University, has conducted an extensive research on the biochemical pathways of love in all its manifestations: lust, romance, attachment, the way they start and wane, etc. Here is part of what her research is about:-

“After doing MRI on the brain of two lovers – they had been ‘madly in love’ for seven months during that time – she found out that parts of brain linked up to reward and pleasure – the ventral segmental area and the caudate nucleus- lit up. What excited Fisher most was not so much finding a location, an address, for love as tracing its specific chemical pathways. Love lights up the caudate nucleus because it is home to a dense spread of receptors for a neurotransmitter called dopamine, which Fisher came to think of as part of our own endogenous love potion. In the right proportions, dopamine creates intense energy, exhilaration, focused attention, and motivation to win rewards. It is why, when you are newly in love, you can stay up all night, watch the sun rise, run a race, ski fast down a slope ordinarily too steep for your skill. Love makes you bold, makes you bright, makes you run real risks, which you sometimes survive, and sometimes you don’t.” [The Chemistry of Love, National Geographic]

Sounds familiar? Mind you that mentally-ill people also shows high amount of dopamine in their brain, and scientists cannot tell apart one who is mentally-ill and one who is ‘madly in love’ by just MRIing their brains. Cool, right? The meaning of ‘madly in love’ is more real than what we think of, as the brain chemistry of infatuation is indeed akin to mental illness. Tak heran la, pijak semut pon tak mati, lautan api pon akan ku redah, dan gunung tinggi mana pon akan ku daki. Do you think an orang gila can make a sound judgement? The fact is, when you are in deep romantic obsession, you just want to win rewards from your partner due to the excessive dopamines, not objectively finding faults in him or her as you claim. Of course nobody is perfect, there is no point in finding every fault in your partner, and supposedly marriage is about reconciling differences and accepting the fact that your partner is another human being, inescapable from making mistakes. What I am stressing here is that dating and hanging out are for mere pleasures, not finding the right partner. How can something that is similar to mental-illness becomes a reliable way to make your decision of a lifetime? So am I still not convincing? Let’s hear further what Dr. Helen Fischer has to say about the chemistry of love:-

“Most scientist who studied love, divide it into three segments: lust, romantic obsession, and attachment. The first stage of it which is lust which is actually the sex drive. One of the things that men like about women is their waist to hip ratio, which according to scientists, the desirable waist to hip ratio is point seven. Women are attracted to man with broad shoulders and rugged features, all showing a great deal of testosterone. The second stage of love is romantic passion, and the same chemicals are involved when a person is in love is when they are high on Amphetamine [dopamine stimulus] , and the scientists are speculating that it ends after about four years, and that’s because that is the amount of time that it takes for a human baby to become ‘viable’. And two things happen, either the couple separate or they stay together in long term relationship. That third stage is called attachment and there is a different chemical in brain that is involved in a long-term relationship, which is called oxytocin, and that causes one to feel very calm and soothe. Emily and Brian of Ohio had been married for 60 years and have twenty children. They were to me sort of perfect example of this long-term relationship attachment.” [The Chemistry of Love, National Geographic]

So, according to scientists, this romantic passion can only last at maximum for four years, but they don’t quite know why yet – biology is always vague. Some say that the human body just can’t stand the state of high in dopamine for so long because it deteriorates the body, while some gave the theory that four years is the maximum time span for a couple to have their first baby, so they need to get ’serious’. Whatever it is, no wonder a lot of people complain that their once glitch-free Pakwe 1.0 turned into Husband 1.0 with lots of viruses and trojan horses. Another thing to point out is that couples who are in long-term relationship show high amount of oxytocin in their brains, which is a totally different chemical from dopamine. Oxytocin is also present when you have good relationships with your parents, brothers, sisters, and friends. So what makes a relationship last long is this feeling of attachment to your partner like you have for your parents, friends, and family, not the romantic passion during courtship. It is interesting to note that oxytocin causes one to feel very calm and soothe, while dopamine creates intense energy, exhilaration, focused attention, and motivation to win rewards. There is no similarity at all between these two chemicals; in fact, their purposes are actually the opposite to each other. So only a fool would think that romantic passion is the mechanism that should be used to find a suitable partner. It is like trying to use a hammer to cut your finger nail.

“And those who say: “Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.” [Qur'an 25:74]
Is qurrota a’yun (comfort of our eyes) mentioned in the Qur’an, the feeling of calm and soothe (triggered by oxytocin) that is presence when a relationship is based on attachment? Finally, let’s listen to what Jody Cobb, the photographer of National Geographic magazine who wrote the article The Chemistry of Love, has to say about her impossible task: Photographing love:-

“I didn’t want to just photograph weddings, that I think is what is expected. I didn’t want to do a valentine, I didn’t want to do a hallmark card. The notion of love because anyone who has ever really been in love knows that, that’s not the reality. So I was very much interested to show real life and cultures all over the world. And women are becoming educated and wanting to make their own choices in mate selection, things are changing really fast. And just like in the West, where we truly believe in love and romance and happily ever after, we still have a 50-60% divorce rate.” [The Chemistry of Love, National Geographic]

It is pretty clear now that dating dulu baru kahwin doesn’t come even close to ensure a happily-ever-after relationship. Ironically, those ‘extreme ‘alim people’ are the ones who understand real love and real life, not those Casanovas. Do note that I am not saying if you kahwin baru baru dating then your marriage will last forever, but if you dating dulu baru kahwin then you are doom to failure. I am simply pointing out that romantic passion has nothing to do about spoting the ‘right person’ in your life. It is also true that incompatibility may happen between two persons, like there is just no chemistry between the two of you. The point is, you don’t need to go on countless hang outs to spot that. You don’t need to overload your neuropathways with excessive dopamine to find the supposedly elusive chemistry. It is common sense: You sit down and talk with a person for 15 minutes and you’ll know whether you can get along with that person or not. I am talking in general, meaning even with a stranger who you want to make him as your friend, not just your life partner. As for the opposite gender, more than that, it is the evil desire from your nafs. Of course, if you are still in doubt, go through the person’s ‘CV’, find peer opinion or recommendation about that person, observe her/him in public, and so on and so forth, as long as it is according to the syariah. Whatever you do, don’t get mentally-ill. In the end, you still have to ride all the gelora after the romantic passion dies out and you dah kahwin – Husband 1.0 and Wife 1.0. Last piece of advice: Ride them with oxytocin, not dopamine, ok? Above all, bring along taqwa, inshaAllah it will be pretty smooth sailing.

“I love you because of your religion. If you let go of your religion, then I have to let go of my love for you” Imam Nawawi.

p/s:: korang hormone dophamine banyak ke oxytocin yang banyak?? masa belajar dulu ingat oxytocin ni masa nak beranak jer ade..hahahha

Sunday, November 14, 2010

Mencintai tak bererti memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

saya amik dari sini

Wednesday, October 27, 2010

Memori lama

Semua orang ada memori masing-masing kan? tak kira sedih atau pon gembira pastinya kan diingati kalau tambah2 ia melibatkan orang disayangi dan penting dalam hidup kita. Cara kita mengingati memori ni ada macam2 la..contoh, satu, kita ingat seseorang tu yang maybe dah xde or hilang or pergi dari hidup kita sebagai juz kenangan yang manis dan sayang untuk kita lepaskan macam tu saja. Tapi tak bermakna kita tak nak lepaskan orang yang dah pergi kan, tp kenangan tu apa salahnya jika disimpan dan diingati pada ketika2 tertentu.

Then, kedua maybe kita ingat tu sebab kita memang tak nak lepaskan orang tuh sebenarnya. Kita regret dgn apa yg dah berlaku and hope that person never leaves us. Tapi nak buat camne kan, semua tetap telah berlaku. Bagi aku, kalau yang kedua ni ingat agak tidak bagos lah...sebabnye kita akan terus ingat dan berharap pada sesuatu yang agak mustahil berlaku kembali.

Contoh la, kalau awek korang tiba2 cakap pasal ex bf dia kan, or ada ketika apa yang korang buat tu buat dia tercerita pasal ex dia, itu tak semestinya membawa maksud dia masih cinta kat ex dia. Itu maksudnya dia juz teringat kenangan2 yang dia rasa indah dalam hidup dia. Bukan korang dia tak sayang, aku pasti korang tempatnya lagi tinggi dalam hati dia dari ex bf nya. So, jangan membuta tuli cemburu yer. Siasat la dulu...

pic from pakcik google

Walaupon begitu, sempadan antara 2 jenis ingatan ni sangatlah nipis. Memang susah nak bezakan samada korang mengingati seseorang itu sebab korang berharap dia kembali or juz ingat kenangan yang tercipta. Tapi kita masing2 lagi tahu hati n diri masing kan?? I'm sure kita boleh didik diri kita untuk mengingati kenangan kerana sayang kenangan yang trcipta. jangan menyesal dengan apa yang dah berlaku. Maybe itu petunjuk untuk kita betulkan diri kita pada mana yang tak kena. Manusia kan tak perfect...it ok my dear!!heee

p/s:: aku punya idea nak menulis blog memang selalu datang masa aku busy ngan exam or test

Thursday, September 23, 2010

Cantik atau TAK Cantik

Cantik tu kan subjektif..pada kau tak cantik..tapi pada orang lain seseorang tu sangat cantik...kalau semua orang taste sama kat dunia ni habis la...orang yang cantik je ker akan kawen???hehehe.....

Tapi bagi aku, as perempuan yang tak cantik walaupun tahu and sedar diri sendiri tak berapa cantik, tapi pasti nak hidup dengan somebody yang pada dia aku CANTIK!!ataupun dia buat aku rasa aku cantik.Kalau aku tak rasa aku cantik dengan dia, confident level aku mestilah down kan...so bagi aku, aku rasa aku perlu seseorang yang boleh buat aku rasa aku cantik(walaupon muka aku ni yang hadoooo....ehhe)..Tak perlu la dia mention,

"eh awak ni lagi cantik lah dari Beyonce"
"Aiwarya rai datang pon saya tak tergoda punya"
ataupun mungkin dengan kata-kata
"walaupon u gemuk, u tetap cantik kat mata i"

tak perlu la nak yakinkan sampai macam tu sekali. tapi dengan cara and layanan dia pon korang boleh rasa korang cantik..aku rasa itu sudah cukup.pada aku la.

Tapi pada mana-mana lelaki, walaupon korang tak mahu cakap awek korang tu cantik depan dia, tapi jangan pulak korang kata dia TAK CANTIK depan dia. Sebab perempuan akan sangat ingat seseorang yang mempersendakan kecantikan ataupun keadaan fizikal dia walaupun korang hanya bergurau pada hakikatnya.
Walaupun memang la perempuan tu sedar dia tak cantik mana pon, tapi jangan sesekali korang kata dia TAK CANTIK,...sebab dia akan sangat lah terasa and ingat sampai bila-bila.
Walaupun kau mungkin menjadikan dia sebagai contoh untuk bercerita, jangan sesekali kau kata dia tak cantik....sebab semua perempuan nak CANTIK...in her way....
 Tambahan pula perempuan ni kan sensitive...lembut hatinya,,,mudah tersentuh gituu...hehehe....



p/s:: entry ni kire pasal lelaki lagi ker??

Monday, September 20, 2010

Ciri- ciri lelaki idaman

Salam readers. Okey entry kali ini rasanya agak ilmiah/ gatal...erk..
Ciri-ciri ini aku dapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

1. Penyayang/ sayang pada kanak-kanak

Mestilah semua orang nak yang penyayang kan? Siapa yang tak nak??hehehe....eleehh...korang jangan nak tipu aku. kan....heehhe...aku rasa semua perempuan akan bagi markah lebih kalau tengok seseorang lelaki tu mesra dan sayang pada kanak-kanak. Begitu jugak lelaki terhadap perempuan kot...Sebab itu mencerminkan macam mana kalau kita dan pasangan kita akan ada anak nanti dan bagaimana layanan beliau kan. Tapi aku rasa, ade je yang single tak de la penyayang sangat terhadap kanak2..tapi bila dah ada anak sendiri nanti akan pandai2 sayang anak ko tu. Perubahan hormon mungkin...pergi tanya cikgu biologi korang la..ehehhe


Kawan : Suka lah tengok husband kawan aku ni...nampak macam seorang bapa penyayang je ngan baby dorang dalam facebook ni.
Aku : Haah laa...nanti aku kawen pon nak kena buat satu album tajuk "Papa, Mama dan baby"..hehehehe.
Kawan : Betol..betol
Aku : Aku tau....sebenarnya ko suka tengok sebab husband dia hensem jugak kan??kan?kan??
Kawan : heeeeee~~~~~~

2. Kelakar

Pernah dengar tak kelakar tu menarik? lelaki yang selalu buat lawak (bukan lawak bodoh yer)..akan senang didampingi wanita...hehe....kadang2 tengok mamat tu muka tak de brapa hensem, tapi awek die cun yang amat. haa...maybe korang tak tau yang kualiti lelaki tu adalah pandai membuatkan perempuan tu gembira n gelak2...maybe laa....hehe..

Rozita che wan pon minat lelaki kelakar tau..

Aku : Lelaki yang kelakar ni selalu mendapat perhatian perempuan
Kawan : ek??
Aku : yer laa...aku rasa aku pon suka kot kalau hidup dengan seseorang yang akan selalu buat aku gelak dan happy...takkan kau nak hidup dengan orang serius je seumur hidup kau?
Kawan : Habis tu, Mr I yang kau minat tu kelakar ker? Sebab bagi aku dia sangat lah seorang yang tidak kelakar..
Aku : erkk.....fineeeeeeeeeeee......(down...ehheheh)


p/s:: cukup 2 ciri jer kali ni....tunggu next time punya entry yer kalau nak tau ciri-ciri lain...

Saturday, September 11, 2010

Ciri-ciri orang yang mencintaimu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
credit to Tentang Cinta

p/s:: Dr Love cedok tips dari blog orang yer kali ni...ehhehe

Thursday, August 26, 2010

Soul mate

"People think a soul mate is your perfect fit, and that’s what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life.

A true soul mate is probably the most important person you’ll ever meet, because they tear down your walls and smack you awake. But to live with a soul mate forever? Nah. Too painful. Soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then leave.
 
A soul mate's purpose is to shake you up, tear apart your ego a little bit, show you your obstacles and addictions, break your heart open so new light can get in, make you so desperate and out of control that you have to transform your life…”




-Elizabeth Gilbert (Eat, Pray, Love: One Woman’s Search for Everything Across Italy, India and Indonesia)-
 
p/s:: dapat dari my best friend...*die pon tgok blog org lain...hehe*mcm penah rasa * makan dalam siot....haha

Sunday, August 1, 2010

Dia kembali

Salam readers...rasanya dah lama tak jadi Dr LOve...ahhaha (mode poyo sekejap)...Kali ni nak cakap pasal kepulangan or kembali...haaa apa yang kembalinya??okey..kembalinya orang yang kita pernah sayang/cinta dulu..

Kembali ni tak semestinya orang tersebut kembali "couple" dengan kita, tapi maybe orang tersebut muncul kembali dalam hidup kita dengan menyapa "hai, lama tak dengar cite??"..heheh (pernah kan?kan?)
Maybe satu masa dulu kita macam dah hampir/sudah give up dengan orang tersebut, namun bila si dia muncul kembali kita rasa "eh, is that she/he the one for me?"

 *sumber : google image

Okey bukan nak spoiled mood ke ape, bagi Areda tak semestinya dia kembali untuk bersama kita. Maybe dia kembali untuk mengajar kita indirectly erti sabar atau setia. Contohnya , masa dia kembali tuh kita dah couple/kahwin dengan orang lain, jadi ini pasti menguji kesetiaan kita pada pasangan kita sekarang kan?? Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat kita yang dugaan pasti akan datang bila2 sahaja. Bergantung pada individu itu sendiri nak deal with the problem.

Areda pernah dengar dari kawan yang dengar kisah dari radio, seorang lelaki ni telah berkahwin dan pada suatu hari kekasih lama beliau telah menghubungi dia kembali. Dan dia sangat gembira dan setelah beberapa lama hubungan mereka kembali terjalin. Lelaki tu merasakan perasaan yang tidak pernah dia rasa bersama isterinya. Maybe dia rasa perkahwinan mereka hanya atas nama tetapi tiada pengisian seperti kasih sanyang dan cinta. 

Namun entah bagaimana, baru lelaki itu tersedar, bahawa Allah menggerak kan kekasih lama beliau untuk kembali bukanlah untuk dia bersama kembali, tetapi menyedarkan dia bahawa apa yang selama ini telah hilang dalam perkahwinan dia dan isterinya. Jadi dia pon memutuskan hubungan dengan perempuan (ex gf) tersebut dan mula memperbaiki perkahwinan mereka.

Jadi readers, marilah kita sama2 berusaha memperbaiki apa yang kita ada jangan hanya harapkan yang telah lalu. Diri kita sendiri mungkin harus berubah supaya kita sedar tujuan apa kembalinya si dia..hehehehe

(p/s:: i'm no one expert in this "relationship" thing..but we can share rite??..so what do you think readers??any experience want to share??dipersilakan...)

Monday, July 19, 2010

Quote ni aku curik...heheh


Girls
are like apples
on trees. The best ones
are at the top of the tree.
The boys don’t want to reach...
for the good ones because they
are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotten apples
from the ground that aren’t as good,
but easy. So the apples at the top think
something is wrong with them, when in
reality, they’re amazing. They just
have to wait for the right boy to
come along, the one who’s
brave enough to
climb all
the way
to the top
of the tree

(p/s::aku curik quote ni dr status fb Rodney...hehehe...btw, aku suke kata2 ni.ko pon curik dr mana2 kan rod??hehe..)

Thursday, June 10, 2010

Kisah Rumput dan Orang yg Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?
Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.......

curik daripada fiq ....hehehe

Thursday, June 3, 2010

Kita raSa

Pernah tak rasa seseorang yang kita rasa untuk kita pada mulanya
tetapi pada akhirnya bukan untuk kita??
Sebab kita mula temui titik perbezaan
Sebab kita temui dia tidak layak untuk kita
ataupun mungkin
Kita yang tidak layak untuknya.
Ada ker?? 

p/s::dr love kembali....hahahhaha

Wednesday, May 26, 2010

Kasih KAU dan AKU...

Kasih sayang wanita bertambah berkadar terus dengan masa

Kasih sayang lelaki berkadar songsang dengan masa

Pendapat anda???

(p/s:: tajuk saje je nak wat gempak kn???ahahhaha)

Thursday, May 20, 2010

Bila aku SudaH tua

Salam readers...sorry sebab agak lama tak menulis di laman ini..heheh

Nak cite sket, pagi2 setelah engine kereta di start keluar dari porch rumah tuh, then lalu satu simpang nih, dah 2 pagi berturut2 aku terserempak dengan pasangan chinese ni. Umur dah tua dah...dalam lingkungan 70an aku rasa...dh bongkok pon. Tapi aku rasa sangat terkesan ngn keromantikan dorg jalan2 berdua pagi2..mybe exercise. Kalau si suami tertinggal sedikit ke belakang, si isteri akan menunggu si suami dan begitulah sebaliknya.

Aku rasa itu satu pemandangan yg sungguh menyenangkan, yela bg aku, susah kot nak jumpa pasangan tua yg sama2 bersenam dan umur dorang dalam lingkungan 70an. Kalau pasangan melayu lagi lah kan, jarang nk jumpa camtu. Tapi mybe dorg bukan exercise dgn cara jalan2 camtu, aku rsa dorg lebeh selesa wat keje kelilking rumah cuci2 itu...cuci2 ini...bersihkan kawasan rumah.

Walau apa pon cara dan bangsa kita, my point here, kasih sayang terhadap family tuh sepatotnya semakin hari semakin bertambah. Memang susah mungkin, tapi marilah kita berusaha untuk menjadi begitu.

p/s::sangat inspired by my mom bila nampak abah aku balik atas motor, dia tetiba cakap "mama ni makin tua makin sayang ngn abah ni"...huhuhuuh

Tuesday, May 11, 2010

Cinta Pertama

Sorry readers..nak menjiwang sikit pada entry kali nih...ehhehe...
Tadi masa duduk lepak2 tgok cite adamaya kt tv3...aku n beberapa housemate nih terbincangkan mengenai first love.
Kata beliau::
"cinta pertama boleh diingati tapi bukan untuk dijadikan teman hidup"

aku lak kata::
"haah btol...cinta pertama ni tak salah untuk diingati ...tapi kita ingati ia sebagai pengajaran dan ukuran unt cinta sekarang la"

sorang lagi housemate kata::
"cinta pertama ni lain sikit...susah nak lupa"


Kalau pada korang yang first love tuh menjadi or kekal sampai skrg tu tahniah la kan...tapi ada jugak yang jadi kenangan jer kan..(mybe ramai)..
Pada aku, first love ni boleh dijadikan ukuran untuk next love....contoh ukurannya

"aku tak pernah rasa mcm ni dgn first love aku dlu"
"dulu pernah dah jd camni, aku takleh wat tindakan mcm dulu lg"
"dia ni tak seserius first love aku dlu"

dan macam2 lagi laa.....

Apa yang aku maksudkan...walaupon mungkin cinta pertama kita dulu tuh sesuatu yang menyakitkan...tetapi masih boleh dicari kebaikan nya..contoh::dia dulu pernah mendua kan kau, dan kau sgt pedih n sakit hati....berbulan2 menangis...bersedih...sakit kan??

tapi setiap kesedihan dan kesakitan yang telah kita atasi itu akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah next time...

Dan kalau cinta kita pertama kita dulu tu sangat indah...kita boleh menjadikan kenangan yg patot dikenang...menyenangkan hati apabila diingati..sebab tak semestinya kita mahu memiliki orang yg berkongsi kenangan itu kan??

p/s:: readers rasa Areda jiwang ker??hehehe....

Wednesday, March 17, 2010

Bila kita eMotionaLLY attached


Orang kata bila kita betul2 sayang dengan seseorang tuh, kita akan lagi cepat terasa dengan orang tuh...
Ni bukan saje applicable untuk couple maple kt luar tuh, tp untuk ahli keluarga terdekat jugak. Contohnya, kalo kite ade selisih paham ngn mak kite kan, kadang2 bila pk balik bnda tu simple and sikit jer, but then it can turn out jadi sangat menyedihkan dan menyakitkan hati. Sebab ape?? sebab kita sangat sayangkan orang tu.....

(p/s::aku tak gaduh ngan sesape skrg ni, tp lappy aku jer gaduh ngn aku skrg nih..hehe)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails