Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, July 2, 2011

Puding Karamel

Salam readers...terlalu lama rasanya Areda tak menulis kat blog ni. Agaknya ada orang nak baca lagi ke blog nih??hehehe...nway untuk pengetahuan semua Areda sekarang baru tamat pengajian kat UM..so tunggu grad bulan 6/10 nanti..lambat lagi kan??
So sekarang ni dalam proses apply2 kerja...harap2 ada la yang sangkut kan...Makin risau tak dapat apa2 panggilan lagi ni sementara kawan2 ramai jugak yang dah start kerja..maybe bukan rezeki Areda lagi kan..
Tapi jangan ingat aku takde keje kat rumah yer...Sangat busy juga kerana menolong mama menjadi baby sitter si Aiman yang makin pandai cakap..gerammmm....ehhehe

So, petang2 selalu try resepi simple saje suka suki..kali ni Puding Karamel yawww....ini second time buat...

Gambar kalau boleh nak buat macam photographer professional la konon..hehehe
Okay kali ni Areda rajin menaip so nak bagi resepi la,

Bahan-bahan::
Karamel
1 cawan gula
1 cawan air (kalau nak tambah sikit lagi pon boleh air nih)

Bahan A (puding)
1 tin susu cair
5 biji telur
1 s/k esen vanilla
3 sudu gula

Cara-cara::
1. Goreng 1 cawan gula sehingga keperangan...gula akan mula menjadi sedikit berketul dan mencair ...kemudian masukkan air...aku guna air panas,,,berhati2 sikit sebab masa masukkan air nih gula akan meletup2 sket..hehehe. Ketepikan seketika.

2. Blender semua bahan A. 

3. Masukkan karamel (air gula perang tadi) ke dalam loyang. Kemudian masukkan bahan A yang di blend tadi. 

4. Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 45 minit.Untuk pastikan puding dah masa ke belum korang boleh la guna pisau cucuk, kalau takde yang melekat kat pisau tuh dah masak la maknanya tuh.

5. Bila dah masak tunggu sejuk then telangkop kan atas talam or pinggan yang besar. pastu boleh la makan...kalau nak sejuk letak dalam peti ais yer..ikut selera masing2.


2 comments:

athirahassin said...

nti bt kn utk ak.. hehehehe

AreDa said...

hahaa...boleh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails