Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, November 19, 2011

Bola Sepak itu bulat

Semalam pasti ramai yang menonton perlawanan kumpulan A sukan sea Malaysia vs Indonesia. Semua sedia maklum yang negara kita menang 1 - 0. Tapi jangan nak excited sangat ada lagi beberapa perlawanan sebelum dapat ke final. Baru boleh ke semi final dan nanti akan menentang Myanmar. Harap2 pasukan negara kita akan berjaya. 

Bukan nak jadi pengulas sukan di sini, tapi sekadar ingin mengulas beberapa perkara yang Areda rasa tak elok untuk dijadikan ikutan. Contohnya kalau ada yang perasan semasa permulaan perlawanan setiap negara akan menyanyikan lagu negara sendiri. Agak keterlaluan bagi aku apabila penyokong mereka seperti sengaja membuat bising sehingga lagu Negaraku punya muzik tidak kedengaran. Aku rasa tabiat dan mentaliti seperti ini harus di kikis. Apa perasaan mereka jika kita juga memperlekehkan lagu negara mereka?? 
Rakyat Malaysia pon ada yang tak hormat lagu sendiri..kalau bukan kita siapa lagi??

Mentality setiap masyarakat aku kira penyebab tindakan tidak bermoral ini terhasil. Bukan mahu mengatakan masyarakat mereka begitu, ada juga masyarakat kita yang tidak menghormati lagu negeri orang lain di Malaysia ini kan?? Adakah sifat dengki yang membuatkan kita jadi masyarakat yang tidak menghormati orang lain? Kemajuan negara tidak seharusnya menjadikan tahap pemikiran rakyatnya makin cetek.

Satu lagi Areda kurang berkenan apabila seorang penjaring Malaysia itu menjaringkan gol then korang akan dapat lihat status2 di facebook/twitter seperti :
" Coach dia orang negeri _______ sebab tu depa menang"
ataupon 
"Dia tu orang negeri aku tuh, sebab tu terror.."..
Saya orang Kedah tapi itu tidak membezakan saya dengan rakyat Malaysia yang lain. Kita tetap satu pasukan.

Hanya aku yang menyampah atau korang jugak rasa begitu? Bukan apa, lambat laun orang akan tau jugak penjaring tu orang mana. Dah namanya pasukan Malaysia tak perlu la nak bezakan lagi mengikut negeri2. Orang macam ni membuatkan orang Malaysia rakyat negeri lain rasa pasukan Malaysia tuh bukan dorang punya. Padahal ada IC kerakyatan Malaysia jugak..

Lainlah kalau Piala Malaysia.. Memang dibezakan mengikut negeri kan...

Lagi satu budaya nak mendemonstrasi ni. Pada pendapat aku budaya ini dah mula nak menular dalam masyarakat kita. Tak kira masa bantahan apa2 atau lepas perlawanan bola sepak. Siap pemain kena naik Baracuda la nak balik hotel...hehe....
Baracuda camni ke pemain Malaysia kena naik?? Kalau dorang datang sini balik hotel ada ke kena balik hotel naik cenggini??

Dah menang kalah adat permainan kalau kau bergadoh bertumbuk kat luar stadium pon apa kau dapat??Keputusan tu di tukar??rematch?? tak kan...So, tolong jangan nak buat perkara yang kau tau kau sendiri dapat sakit. Ada tenaga lebih sila guna untuk tujuan berfaedah sikit. Ada duit lebih sila derma kat anak yatim tak perlu guna duit tuh nak pergi beli mercun atau laser nak kacau perlawanan. Tektik murakan itu semua.

exuberantTalk:: Kemajuan negara tidak seharusnya menjadikan mentaliti rakyatnya kurang maju!

2 comments:

sHy said...

saya sayang negara saya dan semua orang dari setiap negeri jugak..:)

AreDa said...

especially johor kan??hhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails