Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, November 22, 2011

Reality show vs realiti life??

Sekarang ni Areda cuti agak lama. So duduk rumah layan rancangan tv memanjang sambil mengikuti perkembangan sukan sea..hehe

Sambil layan TV Al Hijrah(stesyen tv baru aku kira) rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Menarik walaupon topiknya mengenai Tajwid yang mana kita golongan dewasa ini pernah belajar dulu masa sekolah agama. Mungkin kadang2 terlupa apabila tidak selalu dipraktikkan tetapi rancangan pendidikan seperti ini memang harus diperbanyakkan di stesen2 tv negara kita. Sayangnya rancangan seperti ini disiarkan lewat2 malam ataupun bukan waktu perdana.

Lambakan rancangan realiti tv dan hiburan aku kira sudah semakin sesak dalam rancangan seharian generasi muda.

Aku pernah tengok dekat youtube satu rancangan tv negara jiran berkenaan debate show. Lawan antara sekolah2..Melalui rancangan seperti ini barulah dapat mencari bakat baru dalam bidang lain. Ini asyik nyanyian, tarian dan seangkatan dengannya. Bukanlah rancangan seperti ini tidak bagus langsung tetapi ia seperti membina satu mentaliti masyarakat terutama ibu bapa untuk melahirkan anak2 yang hanya pandai nyanyi..menari..siap sanggup hantar kelas bagai. Bagus juga if anak kita ada satu bakat lain selain pandai belajar je tapi janganlah sampai ianya terlalu menjadi satu keutamaan.


video ni macam takde kena mengena dengan tajuk tapi sempena semangat Sukan Sea aku suka lagu ni tambah2 part Ramli Sarip..classic suaranya

2 comments:

DAUD said...

betol, apa kejadahnya realiti show kn

AreDa said...

hahaha...kan?kan? (padahal aku pon layan jugak..ehhe)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails