Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, July 3, 2011

Men Go to Their Caves and Women Talk


Tajuk nak english je kan??hehehe...sebenarnya baru2 ni areda dalam proses baca buku MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS. Tak habis lagi pon baca tapi nak share apa yang Areda baca setakat ni. Betapa berbezanya lelaki dan perempuan dalam menghadapi stress. Kalau korang punya pasangan mungkin korang akan perasan apa yang Areda cakapkan ini pernah berlaku.

Menurut buku nih, jika seseorang lelaki stress atau tengah runsing dan dalam masalah, mereka lebih gemar menyendiri dan berseorangan untuk memikirkan masalah tersebut. Sebaliknya seorang wanita akan selalu menghadapi masalah itu dengan lebih selalu memperkatakan tentang masalah tersebut kepada orang terdekat. Itu cara orang perempuan lepas tension dia. Kalau lelaki mereka akan senyap je tiba2 and membuatkan pasangannya tidak senang duduk. Kenapa?? sebab perempuan tak paham bahawa lelaki kalau ada masalah mereka akan lebih suka diam dan masuk dalam gua mereka. Sebab perempuan tak macam tuh. Masa ni la peremppuan mula pikir yang lelaki ni tak sayang dia la...ada orang lah...dan macam2 lagi. Wanita akan tidak senang duduk la kalau tau pasangan dia ada masalah tapi tak cakap.


Sebaliknya lelaki pula akan rasa masa ni perempuan ni banyak pulak bercakap padahal perempuan nak lepas stress memang macam tuh. Walaupon wanita tahu walau dorang cakap banyak sekalipun lelaki tu tak boleh tolong selesaikan masalahnya, tapi after that dia akan rasa much2 better. Lelaki akan duduk dalam cavesmereka sampailah mereka jumpa solution. Sebab bagi lelaki kalau mereka nak cakap masalah mereka pon pada orang yang dirasakan boleh memberikan solution untuk masalah tersebut. Kalau tak jumpa solution mereka akan sibukkan diri mereka dengan melakukan benda lain seperti main games, baca surat khabar ke..asalkan mereka dapat relax daripada masalah tersebut seketika.


Maka perbezaan ini yang mungkin kita semua tidak sedar yang sedikit sebanyak buat kita tak paham pasangan kita kan. Solution nya adalah dengan cuba memahami pasangan masing2 kalau mereka tengah stress. Perempuan kena cuba tahan diri dari tanya banyak2 and lelaki kena la dengar and empati bila perempuan cerita masalah mereka.

p/s::The differences between us that make us want each other more

2 comments:

sHy said...

yup..its true,,,100% suit me........

AreDa said...

aku tau gua kau adalah bilik azly..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails