Melepaskan tidak semudah yang disangka. Cakap memang senang tapi nak merealisasikannya amatlah susah. Tapi tidaklah mustahil cuma memerlukan daya tolakan diri yang kuat. Orang selalu kata "aku nak lepaskan dia". Lepaskan di sini tidak semestinya melepaskan sesuatu yang menjadi hak milik kamu. Kadang2 perkara atau benda yang tidak pernah menjadi hak milik kita pon kita terpaksa lepaskan. Melepaskan bukan bermaksud mengalah, tetapi mungkin lebih kepada erti memberi kebahagiaan kepada pihak yang lain. Biarlah kita melepaskan denga merasa kemenangan di hati kita. Melihat mereka gembira membuat kau puas satu hari nanti.
Tapi ada juga orang yang beria-ria kata mahu melepaskan. Tapi tindakan yang dilakukan sebaliknya,. Malah lebih menarik perkara itu mendekati hati dan perasaan. Dan akibatnya, "its too late my dear". Bila ada wake up call datang, sedarlah sekejap. Lepas tu kau buat balik kan???Then perkara itu terus berlanjutan sehingga hati kau sendiri akhirnya sakit susah nak cari ubat. Kalau hati kau je sakit takpe la, ini pasti ada pasti hati lagi satu pon sakit jugak. Dah jadi sakit hati berangkai..heheheh
Orang selalu kata "let bygone be bygone". Kau selalu sebut, ade ko paham makna tersirat dia? ada kau cuba hayati??Persoalan agak kasar, tapi ramai terlupa menjawab.
Tidak salah jika masih mahu berpegang dan tidak mahu melepaskan, jika kau masih kuat. Tapi, jika diri sendiri terasa bagai lelayang ditiup angin, atau lalang yang melambai, baik letak titik di situ. Kalau tak nak letak titik lagi pon takpe, letak la koma sekejap. Tapi tak kukuh aku rasa.
Untuk menyedapkan hati, kita selalu mereka satu cerita yang indah. Agar hati sendiri tak sakit. Membayangkan yang indah2 bahkan watak pon yang indah2. Padahal tidak kita sedar, mereka tak seindah itu. Anggapannya tak sama seperti itu. Itu hanyalah watak ciptaan kau. Pasti pengalaman banyak mengajar kau apa erti dia sebenarnya. Tak seperti diharapkan tapi masih mahu dipegang.
(p/s:: wake up call plsss)
No comments:
Post a Comment