Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, December 29, 2010

Tanjung Dawai

Salam u olls...hehehe
Kali ni nak bercerita pasal Tanjung Dawai plak k. Biasalah kan cuti-cuti Malaysia ni memang best. Tanjung dawai terletak kat Kedah yer..lebih kurang 30km dari Sungai Petani. Tempat ini adalah popular untuk pengunjung membeli barangan2 dapur seperti ikan2 kering. Udang ker...ikan bilis ker....tinggal korang pilih jer...macam2 size ada. Dari Tg Dawai korang akan boleh nampak Pantai Merdeka seberang sana. Actly, lama dah tak pergi sini. Baru2 ni pergi sampai 2 kali ko. Sekarang siap ada kedai makan ikan bakar kat tepi2 laut tuh. Menarik la jugak.

Kali pertama pergi beli keropok2 ikan kering tu jer. Plus ikan bilis dan ikan kering yang lain. Nama aku tak tau sangat yer..mintak maap...ehehe. Untuk kali kedua pergi pulak untuk beli ikan basah. fresh yang baru naik dari laut. Memang terbaik la,...tak pernah tau aku pergi tempat orang naikkan ikan ni. Oklah layan gambar je la yer,,,

Haaa....macam pasar la jugak. Semua dorang jual dalam bakul jer..xde plastik kecik yer...Tapi masa ni dorang baru nak jual pada orang yang beli berbakul2 untuk jual kat pasar. Semua yang datang bawak van or lori la.

This is my mak su and my cousin. Kami jer pompuan kat situ rasanya masa tuh..hehehe..Segan la jugak...Mula2 mak aku suruh beli 2 kilo jer ikan temenung...pastu mak su kata " takkan mai jauh2 nak beli 2 kilo jer"..aku pon cakap.."oklah 3 kilo..hehee"

ada Zon A dan Zon B . Zon A adalah untuk pukat tunda..dan Zon B untuk pukat hanyut. Terus revise balik pelajaran Geografi belajardulu masa form 3...hehehe..Pukat Tunda, hanyut...tarik.....

Haaa...tengok ikan besar pon ade...

Last2 ktorang beli 5 kilo ikan temenung.

Dengan harga Rm 3.70 sekilo,. Murah la kan???Mak Long aku kate kat tempat die sekilo RM10...tu pon kami dapat dengan harga RM17 sahaja untuk 5 kilo ikan temenung. Ikan fresh ni sedap kalau nak dibandingkan dengan yang biasa beli kat pasar. Isi dia akan rasa lain sket la lepas goreng tuh.Satu petua mak aku cakap, kalau beli ikan baru naik ni, atau korang baru lepas memancing ikan banyak, then nak simpan dalam peti ais, jangan bagi kena air paip before simpan. Simpan je terus dalam tempat beku tuh. Nak masak nanti basuh...Kalau tak nanti ikan cepat busuk. Kira tahan lama la ikan korang tu nanti.


2 comments:

TyRoX SaN said...

ooooo..tu ek petua dia... tp aku kalo beli ikan msti nak siang terus

AreDa said...

kalo beli sket siang trus laa..kalo banyak simpan la dulu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails