Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, April 30, 2009

~My Love~

An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone and the rooms are getting smaller

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

Chorus:
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again, my love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again, my love

I try to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

Repeat chorus

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

I'm reaching for a love seem so far

Repeat chorus

(p/s:lirik lagu la..xde lain k..ehhehe)

Tuesday, April 28, 2009

~aPA nAk jADi~


>>ESOK EXAM MEDICAL ELECTRONIC>>
>>SKRG DAL KOL 6.45 PTG tp AKU MASIH TAK DE MOOD NK SAMBUNG STUDY>>
>>SKRG AKU MASIH NGANTOK,...AIYAA...DARI PTG TD NI...APO NK JADI???
>>MASA TULIS NI PON MATA KUYU..NGNTOK...UHUUHU..
>>NK TIDO TAK LEH LAK...
>>HUHUHU...CAMNA NI>??BYK LAGI X COVER NIIIIIIIIII
>>>ARRGHHHHHHHHHHHHH

(p/s:pic di atas tu xde kena mengena sgt ye ngn perasaan aku...awan tu je persamaan ngn perasaan aku skrg ni...hati berkecai tu takde kena mengena k..jgn wat spekulasi liar..hhahaha)

Saturday, April 25, 2009

~Lagu Ini~

Swear It Again

[Shane:]
I wanna know
Who ever told you I was letting go
Of the only joy that I have ever known
Girl, they were lying

Just look around
And all of the people that we used to know
Have just given up, they wanna let it go
But we're still trying

So you should know this love we share was never made to die
I'm glad we're on this one way street just you and I
Just you and I

All:
I'm never gonna say goodbye
Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

[Shane:]
All over again

Some people say
That everything has got its place in time
Even the day must give way to the night
But I'm not buying
Cos in your eyes
I see a love that burns eternally
And if you see how beautiful you are to me
You'll know I'm not lying

Sure there'll be times we wanna say goodbye
But even if we try
There are some things in this life won't be denied
Won't be denied

[All:]
I'm never gonna say goodbye
Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

[Mark:]
The more I know of you is the more I know I love you
And the more that I'm sure I want you forever and ever more
And the more that you love me, the more that I know
Oh that I'm never gonna let you go
Gotta let you know that I

[All:]
I'm never gonna say goodbye
[Mark:]
(I'm never gonna say goodbye)
[All:]
Cos I never wanna see you cry
[Mark:]
(never wanna see you cry) All:
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
[Mark:]
(swear it all over again and I)
[All:]
I'm never gonna treat you bad
[Mark:]
(never gonna treat you bad)
[All:]
Cos I never wanna see you sad
[Mark:]
(never wanna see you sad)
[All:]
I swore to share your joy and your pain
[Mark:]
(oh no, oh no)
[All:]
And I swear it all over again

[Mark:]
All over again
All over again
And I swear it all over again

Friday, April 24, 2009

Disebalik Banyak Buku yang Dibaca
www.iluvislam.com
dihantar oleh: akrimimathwa
Editor: deynarashid

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan.

Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!

Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawapan untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca.

Anda hanya mengharap jawapan daripada angin yang lalu. Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca.

Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat?

Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak. Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid? Begitulah kesukaran mengubat kejahilan.

Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawapan yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawapan yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca! Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawapan itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain. Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.”

Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama (al Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.”

Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara. Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.



Rasulullah saw tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat. Al Quran penuh ilmu.

Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti?

Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya. Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa.

Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawapan daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka. Akhirnya kita gagal memperolehi jawapan yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua-dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu Rasulullah saw, juga murid-muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa-apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku-buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawapan yang dibentangkan di hadapan.

(p/s:aku amik dr iluvislam...untuk renungan kita bersama)

Thursday, April 23, 2009

~Exam..ohh..exam~

Salam kpd semua pembaca(ade ke??)hhehehhe...nway xtau nk tulis apa sbenarnya...but then wat tajuk exam..sbb..nk wish all my friends out there yg "menyambut" musim exam..hehehe....ini aku nk wat ucapan2 kepada kawan2 aku yg berkenaan.....

zureen>>my dear...exam lek lok yer,...hehe...tell me if there any new news bout that tutttt...(xleh cite)...hope u get good result!!

ummi>>>my honey...gud luck 4 exam ni k....all da best...jga diri baik2 diri anda disana(mcm jauh sgt..kt 5th je kot)..and jgn lupa nnt amik LOE kt aku...*wink* ;p

mimi>>my lovely rumate...heehe(ikhlas ni..)...marilah kita sama2 saling mengingatkan mana2 yg terlupa pd musim "bertarung" ni...

ell>>aku agk sure ko akan baca post ni...so nk ucp..."sila update blog anda"..hehehehe....walaupon kita bz ngn exam....5paper to go....(dr tarikh post ni di tulis)

ann>>dear....jgn rajin2 sgt...nnt dpt pointer tggi2 sgt..hehehe

najla>>bertabahlah yer...for u 6 papers to go...chaiyok2!!

kema>>rajin2...tahulah ko x start exm lg masa ni..hehee..but...marilah kita berusaha 120%...(nape pilih 20???)

haura>>jgn lupa pulang ke pangkuan tingkat 7 yer...heheheh

ct>>haa.....jgn bz ngn 3G je yer...hehehe..tp aku tau..ko mst leh wat nyer...

zaf>>aku pon agak sure ko akan baca post ni...so this is also for u..."Ganbate!!ganbate!!"(sesuai ker??)hehee....do ur best there and don't 4get us k?

to biomed students>>marilah kita saling bantu membantu unt mendapatkan result yg terbaik...*wink* ;p

to yg x tersenarai or yg membaca ni>>walau mana pon korg berada...AreDa doakan korg happy and berusaha yg terbaik jugak...sbb....SELAGI ADA MASA...KITA MASIH ADA PELUANG

Tuesday, April 21, 2009

~SORRY~

Sorry or dlm bahasa malaysia nye...MAAF..hehehe...(takkan x tau plak kan...)
Sorry ni mmg sgt besar impaknye....sbb bagi aku...when someone ckp sorry kt kita..atas kesalahan yg dia lakukan hati ...marah kita akan reda...walaupon td bukan main bengangnye kan?
ehhehee.....contohnya la kan...if kawan kita tu datang lambat pada perjumpaan yg kita ngn dia janji..at least kalo masa dia dtg tu perkataan SORRY tu kluar dr mulut dia...hati yg membara(sesuai ke?) tadi pon bleh jd sjuk sket....hehehe...(tp jgn la lmbt sgt..)

TAPI....
aku tak nafikan..still ada kesalahan2 yg kalo seseorang tu buat terhadap kita...walau dia ckp SORRY 1000 kali pon tak cukup...hehhee....kesalahan mcm mana tu?Tu terpulang pada individu la kan....mybe kesalahan yg dibuat berulang kali...walaupon kesalahan tu kalo buat pertama kali kita bleh maafkan dgn senang..(mybe hal kecil je)..tp bila dh byk kali sgt berulang bnda yg sama,..hmm...i don't think so kita leh maafkan seseorang tu,....

TAPI....
masa ni sifat pemaaf seseorang tu dpt dinilai....
tahap mana kesabaran dia(org yg memaafkan)...dan tahap mana kerendahan hati dia untuk mengungkapkan kata MAAF tu..(org yg bersalah)
mmg bukan senang nk ckp maaf tu...hehehe...bukan semua org mudah je nk ckp maaf...kalo org yg ego tinggi lg la susah nk ckp sorry tu..hehehe.....tol x?(mcm aku jer...)

TAPI...
masa ni jugak la kita semua leh gunakan untuk praktis diri kita untuk belajar meminta maaf dan juga memaafkan seseorang....
sbb tu Allah ckp...SETIAP YG BERLAKU ITU ADA HIKMAHNYA...
Allah memberi kita semua peluang unt belajar...
belajar dari situasi yg tak baik(means tak menyenangkan)....dan ia akan menjadi situasi yg baik kemudiannya....

TAPI....
adakah kita bersedia untuk belajar??
adakah kita sanggup telan sume ego kita??
adakah kita bersedia nk maafkan??
adakah kita cukup kuat untuk melafazkan kata2 maaf??
tepuk dada tanya diri.,...hehehe....(aku tukar sket k)

Sunday, April 19, 2009

~THERE IS NO REASON ~



Salam..to all my fren out there..hehe...post kali ni just nk menghilangkan rasa bosan plus malas nk study..walaupon exm esk je..uhuhuh....
Saje tetiba trasa nk ckp pasal tjuk di atas ni...
Is that need any reason when we love someone???
hahaha...agak jiwang kot tjuk kali ni...tp saje je nk ckp....
aku slalu terpikir yg meastikah ada reason when we love someone??....hmm....
Based on my conversation and experience with my friends...kita slalu tnya "Nape ko suke die ek??"hehehe....surprisingly most of them said that..."Ntah...nk kate hensem...tak pon....nk kate baik...xde la sgt kot..nk kate si dia take care sgt...tak jugak..."..then..based on tht answer what do u think the real answer???for me..i think there is NO REASON when we love someone..hahaha...(asal jiwang lak aku ni???)

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka...all about him/her kita suka..kita trima seadanya dia....walaupon ada org lain yg better dr certain2 ciri tu....

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka...dia layan kita buruk pon kite trima and tak nmpk benda tu salah.....

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka....kalo die rasa skit or sedeh...kita juga rasa sakit and rasa nk heal je sakit dia tu sedaya upaya yg kita ada....(erkkk??)

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka...dia tak hensem pon...kita nmpk hensem je slalu....(or cantik la kalo korang tu lelaki kan..)

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka...perkara kecik yg dia buat unt kita pon kita rasa sgt bermakna..(padahal org lain rase biasa jer..hehehe)


Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka...dia adalah org first yg kita nk ngadu kalo apa2 perkara buruk berlaku kt kita...(ingt kt salah sorg kawan aku yg hilang barang...heheh...)

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka.....lama mana pon kita sanggup tunggu dia...

Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka....kalo kita terluka ngn sikap dia pon...kita akan pujuk diri sndri so that jgn bersedih psl dia....(haha...ni aku sndri tak bpe sure.main ckp jer..)


Maybe bila kita jumpa someone yg kita btol2 suka.....THERE IS NO REASON TO TELL WHY WE LOVE HIM/HER...


(p/s:ni ciptaan aku sndri jer.,...kalo tak sama ngn apa yg korg rase..aku tak tau la kan...but then..jgn segan silu give ur comment bout this...)

Friday, April 17, 2009

~AKu Yang MasiH diSini~

Assalamualaikum rakan2 ku sekalian....heheheh...mcm nk wat ucapan lak ek...hahaha...saje je nk tulis post ni...harini aku pagi lg ade kelas microp...Dr Ting sruh bg komen2 la pasal lecture die..aku bg la kan yg positive...(bajet mcm bleh dpt extra marks)hahaha....nway....Dr ni mmg sgt best..bcoz kelas die la aku agak berani dtg lewat...kadang2 setengah jam....kot...hahaha...(mcm le kelas lain aku dtg awal kn)..nway die ni mmg best la...tp kelas die yg x bpe best...bukan pe..aku bukan paham sgt psl microprocessor ni....aiyaa....aku cuba nk blah..tp tak bleh gk..hahah..(bak kata si HAURA). So unt paper die aku sgt berharap aku lulus..hehe...mst lah kalo ble dgn cemerlang kan....(try ur best Areda!!)

Then, mlm lak kena g trening bola baling..huhu...actly part ni aku agak malas...sbb aku main sgt truk n rase cam tak terpilih je unt MASUM..huhuh....sbb last trening kan..aku pg je la..(tp sbnarnya sbb bola sume ade kt aku...so aku mmg kena pg)..kalo x...aku x pg kot..hahaha....dan slps itu aku menulis post ini..dgn tak mandi lg kan....coz berpeluh..ntah dlm keadaan x mandi ni idea lg senang masuk unt tulis post kot..hahahhaha..
oklah....adios amigos....(nk pg mandi..)

~????~


ARRrgggggggggHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
=waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
=huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
=hAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
=TENSION
~SEKIAN TERIMA KASIH~
*wink* ;p

Monday, April 13, 2009

~Simple post about a Simple quote~

Saje nk kongsi ngn korang2 sume kata2 yang aku baru terbaca
"Jangan tak ada masa untuk Allah, takut Allah pun nanti tak ada masa untuk kita"
bukan ape..aku sgt tertarik bila baca ayat di atas ni...mmg membuat aku berpikir la..ayat yg sgt simple tp penuh dgn kebenaran...kita ni slalu bagi alasan kalo nk beribadat...takde masa la...nk kena wat keje ni dulu la...hmm....padahal apa salahnya kalo spend skit masa tu unt wat amal ibadat kan???(hehe...perli diri sndri ni..)
Kalau kita asyik beralasan untuk beribada..takot2 nnt bila kita benar2 perlukan pertolongan Allah..Allah tak membantu..hmm...mungkin masa tu baru nk sear kot..hmm...

Untuk renungan diri sendiri dan rakan2 yg sudi membaca..hehhe...*wink* ;p

Saturday, April 11, 2009

~aku pon x sure tujuannye..~

Adakah anda suka blogging? Kenapa?

~yup..skrg ni sgt suke..hehe...cuz i can let people know bout what i'm thinking~

Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

disMalife~ummi
blog si haura
blog si trex
blog si diana
blog si miminapis..

x byk sgt lagi kawan2yg blogging..tu yg


Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan Siapakah org itu?

Nak la...sape xnk...hehehe...my future husband la..insyaAllah...


Taken or single? Mana lebih bagus?

for now better single kot...coz u bley bebas2 lg..hehhee...nnt kalo dh taken..."tak mau nakal2 dah.." *wink* ;p


Pernah tak cinta anda tidak di balas?

hahhaha...pernah ker????(rahsia2)


Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)

1.taat pada agama~~hope that my future husband will lead me to be better Areda...hehehe

2.sedap mata memandang...(tak hensem sgt xpe..asal aku leh trima..hehhee)

3.kelakar

4.matang

5.pandai (in term of...rajin membaca n tau keadaan skeliling)


Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

umur bape ek??

hmm....(24-30 kot)


Nak berapa anak?

aiyaaa.....mana tahu..heheheh.....tgok la..aku bncang ngn my future husband nnt..hahaha.


Lucky person yg anda ingin tag:

UMMI>>HAURA>>FARA NA-Q>>ELL>>ZAF

tu jer kot wat masa ni..hehehhe


(p/s:aku curik ni dr blog trex..hahahah....sorry yer....)

~Love This Pic~


Me and Ummi my besT friend..hehehe..
i don't noe why..but i really luv this pic..its hard to make me love my own pic...heheh...

Friday, April 10, 2009

~Kisah seOrang Sahabat~

Assalamualaikum....

Post kali ni just nk menceritakan sdikit kisah yg berlaku terhadap seorang sahabat baru2 ini...(hmm..kpd yg berkenaan izinkan saya cerita sket yer)..Al kisahnya tgh hari tu kami semua ade kelas Kemahiran Komunikasi kt libbrary...b4 masuk lib ni ktorg kena la tggl beg kt luar di rak yg tlh disediakan...nk dijadikan cerita salah seorang sahabat ni telah tinggalkn purse and 2 hfon die kt dlm beg tu...b4 ni die x penah pon tggl..tp ntah macam mana plak haritu nk tggl..Masa ktorg dh hbis kelas..alangkah terkejutnya beliau apabila semua barang berharga itu hilang..hmm..nk dipendekkan cite apabila tgok kt cc tv adlh la makhluk yg telah mencurinya..hmm...sgt sakit hati...ktorg wat laporan polis...pastu ade la beberapa peristiwa yg berlaku lg...

Point aku skrg bukanlah pasal kawn aku ni..point aku skrg adlh..tabahkah kita jika kita menghadapi situasi sedemikian?.Unt pengetahuan semua..hfon tu die baru je beli..ehhehe...aku pon nk sedapkan hati beliau aku ckp lah " ko anggap la yg Allah tarik balik bnda tu mybe kalo bnda tu ada kt kita..kita akan makin lalai"..huhuhu..sesungguhnya aku sndri pon tak yakin aku dpt berfikiran sprt itu...walaupon aku yg bg nasihat tu kt die...Tp sbg kawan..aku kena jgk menenangkan hati beliau pd masa tersebut..tak tau la berkesan ke x nasihat aku tu...

Byk dugaan dlm hidup ni kdg2 tidak dpt jangka...kadang2 rasa sperti x tertanggung..tp kita mst ingt sbg Islam.."Allah tidak akan memberi dugaan terhadap seseorang jika dia tidak mampu menanggungnya".InsyaAllah...semoga brg yang hilang dpt ditemui semula atau pon mungkin lebih baik berdoa agar Allah membuka hati si pencuri itu untuk bertaubat...

(p/s:kpd yg sudi membaca post ni..silalah beri sedikit pandangan atau nasihat agar sama2 kita dpt jadikan panduan...InsyaAllah...*wink* ;p)

Thursday, April 9, 2009

Detik2 Rasulullah menghadaPi saKratUL maUt

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup > melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mula> terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Khabarkan berita ini pada sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Let pictures tell u the story



Monday, April 6, 2009

~Salahkah aku..~

Salam..sebenarnya skrg ni aku sgt bz ngn keje2 yg x penah hbis ni..tp still nk post ni...best..and bermanfaat aku rase...aku dpt ni dr azureen my best fren!!hehehe....die dpt dr kawan die...moga ilmu yg aku dpt ni dpt kita sama2 amalkan..insyaAllah *wink*;p

---- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: Al-Syed Amir Mohd Shafize
Kepada: azureen pista
Dihantar: Khamis, 2 April , 2009 5:32:32
Subjek: Salahkah aku...

"Mama...salahkah aku menyintainya? "

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal ku 'bual'kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah yang bermaksud "Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik." ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya 'cinta pandang pertama' yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kitakepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkannya' dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah : "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah"

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita : "Janganlah kalian dekati zina..." (al Isra':32)

" Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?" Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita¡¦ Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan¡¦" (hari Tabrani). " Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya.

Jadi mama, apa penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang 'teman akrab', cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata "Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia" (al-Furqan"27- 29). Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang 'teman akrab' yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya" (an-Naziat:40- 41).

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai mama, susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia"

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah.

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah.. .

(Sumber : Majalah Perspektif(JIM) Jan/Feb 2005)

~Org Yg mencintaiMU~




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s:hmmm.....ape korg rase?benarkah ini semua??aku amik ni dr blog kipas...sorry yer...ceduk kejap..ehhehehe

Thursday, April 2, 2009

~You reALLy neED to watcH tHis~



Really need to upload this video!!! It was given from someone to somebody, for somebody to dedicate to everyone..(wah..saje je nk wat gk ayat pelik)..hahaha..takde..video ni kawan aku yg bg link...and I really like it...korg sume pon ptot tgok video ni..and dedicate kt sesape yg korg sayang...korg ptot tgok sampai habis coz korg akan dpt tgok lagu ni sebenarnya ditujukan untuk sape oleh penyanyi ni...huhuhu...
aku bagi la description pasal video ni....
its not only for lover...unt family..friends,..sgt sesuai....
die main gitar and disekeliling die ade lovers....ehhehe...
tgok jela..senang sket..hehehe

This song was singing by The Plain White t's..and it's title~ 1,2,3,4

ni aku siap bagi lyric...best..best...*wink* ;p

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not
Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
Give me more loving from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends
Make me feel good when I hurt so bad
You’re the best that I’ve had
And I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
It’s easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you
You make it easy
It’s easy as 1 2 1 2 3 4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you
1-2-3-4
I love you
(I love you) I love you


Wednesday, April 1, 2009

~Membaca bOleH hiLangkaN TekaNan~

Membaca adalah cara terbaik untuk bersantai, menurut kajian yang dilakukan oleh Mindlab International di University Sussex, Britain.

Cara itu adalah lebih baik berbanding kaedah lain untuk menenangkan gementar seperti mendengar muzik, berjalan dan berehat sambil minum secawan teh.

Menurut pakar neropsikologi, Dr. David Lewis, membaca boleh mengurangkan tekanan sebanyak 68 peratus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails